Aku Negaraku

Penyanyi: Aizat Amdan dan Suki
Komposer: Audi Mok Chuang Yew
Penulis Lirik: Shazree Ishak

Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

[Mula Korus]
Aku negaraku
Aku negaraku
Sememangnya negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu..
Negaraku tanah tumpah darahku
[Akhir Korus]

Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNya kita berserah

Ulang [Korus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [Korus]

Aku Negaraku

** Catatan:  Lagu ini merupakan lagu patriotik terbaru bagi negara kita Malaysia sebagaimana yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri dalam jelajah Ekspresi Negaraku di seluruh negara. Semua pelajar dan guru di seluruh negara wajib menyanyikan lagu Aku Negaraku dalam perhimpuan sekolah bermula 22 Mei 2017. Ia bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan nagara di kalangan rakyat Malaysia.

Carian Berkaitan: lirik lagu aku negaraku, lirik aku negaraku, lagu aku negaraku