Siapa Firdaus Ghufran? Beliau adalah seorang pelakon remaja lelaki Malaysia yang sedang meningkat naik. Terbaharu, beliau akan muncul dalam drama Pesan Pada Hati yang akan ditayangkan di Slot Lestary TV3 bersama barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya dan Nabila Razali.

Nama Firdaus Ghufran juga dikenali di Indonesia sejak muncul dalam iklan sabun Dettol. Pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Fir ini seterusnya telah melebarkan sayapnya ke negara seberang apabila muncul dengan filem terbaru terbitan produksi Indonesia.

“Awalnya saya terlibat dengan iklan ketika berumur 6 tahun. Selepas itu ada production manager yang mengajak saya untuk menjadi extra. Selepas itu, ada production manager lain pula yang mengajak saya untuk menjadi main cast tapi tidak jadi kerana saya tidak men-deliver dengan betul, akhirnya saya di-reject kerana saya belum mendalami cara berlakon. Selepas di-reject, saya cuba pula berlakon drama, mencuba sesuatu yang baru supaya orang boleh lebih pandang tinggi, sebab kita ada karya. Saya juga ingin mencari duit yang lebih banyak untuk membantu ibu bapa saya serta persekolahan saya. Berlakon ini membuatkan saya ingin lebih banyak melakukan sesuatu yang baru, namun bukan hanya berlakon tetapi juga pengacaraan, iklan TV, semua lah.. Alhamdulillah sekarang nama saya, Firdaus Ghufran sudah semakin dikenali”

Biodata Firdaus Ghufran

  • Nama Penuh: Muhammad Firdaus Ghani bin Ghufran
  • Nama Komersial: Firdaus Ghufran
  • Panggilan: Fir
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Tarikh Lahir: 5 Mac 2002
  • Agama : Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Ibubapa: Sharinazlina
  • Tinggi: 160 cm
  • Berat: 60 kg
  • Drama: Planet Kiara, Chef Ramadhan, Budak Magik, Bila Hati Perempuan Menjerit, Bila Hati Berbisik, Juara Raya, Tanggang Ayu, Ketupat Palas Mr Handsome, Dia Semanis Honey, Iktibar, Pesan Pada Hati
  • Telefilem: Jangan Ambil Lembu Kami, Doa Depan Kaabah, Kemaafan Terindah, Terima Kasih Ibu, Si Kijang Merah
  • Filem: Rayyan dan Danish, Balistik, Abang Long Fadil, Banglo Berkunci
  • Filem Televisyen (FTV): Suatukala
  • Ikan TV: Dettol, Old Town White Coffee, Courts Mammoth dan Proton
  • Instagram: @firdausghufran
  • E-mail: [klik sini]

Perkara Menarik Tentang Firdaus Ghufran

  1. Terlibat dengan dunia seni sejak berumur 6 tahun dengan menjadi model iklan.
  2. Mula berlakon dalam siri iklan Old Town White Coffee pada 2013.
  3. Sangat menggemari filem lagenda ‘The Godfather’.
  4. Pelakon kegemaran pula ialah Leonardo DiCarpio sementara penyanyi yang diminati adalah Celine Dion.
  5. Menggemari masakan pecel lele yang berasal dari Indonesia.

Adik Firdaus GhufranFoto Pelakon Remaja Firdaus Ghufran

Gambar Firdaus Ghufran

Gaya Bengis Berjambang Firdaus Ghufran

Carian Berkaitan: firdaus ghufran, biodata firdaus ghufran, Firdaus Ghurfan