Langgan newsletter kami!
Drama Pesan Pada Hati

Drama Pesan Pada Hati (TV3)

Pesan Pada Hati adalah sebuah drama bersiri yang bakal bersiaran menerusi Slot Lestary TV3 pada 25 Oktober ini. Drama ini dibintangi oleh pelakon popular Shukri Yahaya dan penyanyi wanita, Nabila Razali. Ia diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan di bawah produksi Pena Creative Pictures.

Info Drama Pesan Pada Hati

  • Episod: 15 episod
  • Mula Tayangan: 25 Oktober 2019
  • Waktu Tayangan: Rabu hingga Jumaat, 9.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Lestary)
  • Idea Asal: Sari Hermawati
  • Penulis Skrip: PGRs Team, Chinta Nadeesha, Sari Hermawati
  • Pengarah: Raja Ahmad Alauddin & Natasya Nasir
  • Produksi: Pena Creative Pictures Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah
Watak Pelakon Drama Pesan Pada Hati

Sinopsis Drama Pesan Pada Hati

Mengisahkan tentang kisah cinta pandang pertama antara Yusof, seorang lelaki bandar dengan Zulaikha, seorang gadis kampung. Namun disebabkan berlainan darjat dan cara hidup, hubungan mereka dilontar kebencian. Setelah lima tahun berpisah, Zulaikha kembali untuk meminta pertolongan daripada Yusof dan sebagai gantinya dia perlu menjadi orang gaji.

Lagu Tema / OST Pesan Pada Hati

Azlan and The Typewriter – Jangan Khianati Aku

Shukri Yahaya Dalam Pesan Pada HatiNabila Razali Pelakon Drama Pesan Pada Hati

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: