Siapa Muaz Fitri? Beliau adalah seorang pelakon lelaki yang bakal muncul dalam drama terbaru di kaca TV berjudul Dosa Semalam dan Pesan Pada Hati. Walaupun namanya pernah terpinggir dan agak ketinggalan berbanding rakan seangkatan, Muaz Fitri tidak patah semangat. Beliau yang pernah membintangi drama Cari Aku Di Syurga untuk slot Samarinda, TV3 pada Ramadan lalu yakin dengan usaha berterusan akan dapat mengangkat namanya sebaris dengan pelakon popular tanahair.

“Walaupun sudah lama terbabit dalam dunia lakonan, saya akui dulu kurang mendapat publisiti dan perhatian. Malah, ketika itu saya sendiri tercari-cari arah dan hala tuju dalam bidang ini. Namun, sekarang semua makin jelas. Syukur rezeki saya dalam bidang lakonan masih ada dan kini sudah menyiapkan beberapa drama. Saya pun tidak memilih watak. Asalkan sesuai dan yakin boleh dilakonkan dengan sebaik mungkin, saya terima saja.”

Biodata Muaz Fitri

  • Nama Penuh: Muaz Aidil Fitri Maslan
  • Nama Komersial: Muaz Fitri
  • Umur: 28 Tahun (2019)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya, Cheras
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Pengurusan: RubberTapper Production House
  • Drama: Misiku Kuza, Baby Ana Milik Siapa, Cari Aku Di Syurga, Seharum Kasih, Aurora Aisyah, Dosa Semalam, Pesan Pada Hati, Lara Syakila, Seharum Kasih, Origami Kasih
  • Instagram: @official_muazfitri
  • Facebook: @official.muazfitri

Foto Muaz FitriGambar Kacak Muaz Fitri

Muaz Fitri Ketika Muda

Pelakon Muaz Fitri

Carian Berkaitan: nama sebenar mira filzah, Biodata Muaz Fitri