Langgan newsletter kami!
Qariah Noramalina Alias Dari Malaysia Memperdengarkan Bacaan Ayat Suci Al Quran

Biodata Normalina Alias, Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2017

Sekalung tahniah diucapkan buat qariah Malaysia iaitu Normalina Alias kerana merangkul gelaran juara bagi kategori wanita di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2017. Memperolehi markah sebanyak 91.52%, anak jati Negeri Sembilan ini membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai sebanyak RM40,000 dan piala iringan. Sementara itu, qari Malaysia, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamed meraih ditempat ketiga bagi kategori lelaki.

Menurut beliau, pada tilawah itu beliau menggunakan sebuah al-Quran lama yang dihadiahkan datuknya ketika berumur lapan tahun dan menggunakannya sehingga kini walaupun kitab suci itu telah usang.

Untuk info, program kerohanian yang diadakan buat kali ke-59 ini telah disertai oleh lebih 50 buah negara termasuklah Brunei, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ia berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Zahid Ahmad Hamidi.

Biodata Normalina Alias

  • Nama Penuh: Normalina Binti Alias
  • Tarikh Lahir: 1983
  • Umur: 34 Tahun (2017)
  • Asal: Negeri Sembilan
  • Kerjaya: Pensyarah
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Mohammad Helmy Jaafar
  • Nama Anak: Nur Alia Insyirah (6 Tahun)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia

Trivia Menarik Normalina Alias

  1. Bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
  2. Mengambil cuti sementara sebagai pensyarah sejak Ogos 2016 demi membuat persediaan dan latihan untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran.
  3. Memperuntukkan masa selama enam jam sehari untuk berlatih membaca dan menghafal al-Quran termasuklah empat jam sesi bersama guru pembimbing.
  4. Sebelum mewakili negara ke peringkat antarabangsa, Normalina yang mewakili Negeri Sembilan telah menjuarai Majlis Tilawah & Menghafal Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
  5. Antara pencapaian cemerlangnya seperti Juara Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Kuala Lumpur 2013, Naib Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Kuala Lumpur 2012 serta tempat ketiga Majlis Tilawah & Menghafal Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2010 dan 2009.
Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: