Langgan newsletter kami!
Nuha Bahrin

Biodata Nuha Bahrin, Penyanyi Lagu Casablanca

Nuha Bahrin, penyanyi wanita berhijab yang mula mendapat nama dalam industri seni suara tanahair berikutan lagu berjudul Casablanca yang menjadi viral dan kerap menghiasi corong radio tempatan baru-baru ini. Lagu yang dinyanyikan bersama Naufal Azrin ini mengandungi unsur padang pasir dan negara timur tengah ini juga telah menjadi siulan ramai selepas tular di media sosial.

Namun langkah Nuha Bahrin bukan berhenti setakat itu sahaja malahan dikhabarkan lagu ini juga mendapat sambutan yang cukup baik di negara jiran terutamanya Indonesia dan dan Brunei Darussalam. Lagu dan video muzik Casablanca mencipta fenomena apabila menjadi karya Malaysia pertama mengungguli carta teratas Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia. Selain itu, lagu ini turut berada di tangga teratas di Spotify Viral 50 Malaysia, Joox Malay Hits, Carta Top 10 RIM dan 100 Top Apple Music sejak dilancarkan 4 Jun 2022 yang lalu.Kata Naufal, mereka langsung tidak menyangka mendapat perhatian meluas peminat termasuk selebriti Indonesia ketika kunjungan promosi lagu tersebut di sana baru-baru ini.

“Peluang bertemu peminat, selebriti dan dijemput membuat kemunculan dalam program-program popular di Jakarta adalah pengalaman yang cukup indah buat kami berdua. Memang tak sangka Casablanca cukup popular di sana tetapi Alhamdulillah lagu kita mendapat tempat di hati pendengar Indonesia,” katanya.

Perkembangan Terbaru

Dalam perkembangan lain, Naufal memberitahu lagu Casablanca bakal diterbitkan dalam versi English dan Arab dalam masa terdekat. Beliau juga turut memberi penghargaan buat komposer lagu tersebut iaitu Daqmi dan Wan Salleh yang menjadi pencetus kepada populariti lagu ini. Dalam pada itu, beliau juga sedang giat mempelajari bahasa Arab dan berhasrat untuk bertutur dalam bahasa itu dengan fasih selepas ini.

Seperti juga artis-artis lain, Nuha Bahrin sangat aktif di media sosial. Dengan jumlah follower seramai setengah juta di TikTok, Nuha Bahrin menggunakan platform ini untuk menyanyikan semula lagu-lagu terkenal Timur Tengah seperti Albi Ya Albi nyanyian Nancy Ajram dan Nour El Ain nyanyian Amr Diab. Bukan itu sahaja, ketika menyanyikan lagu Mesaytara, vokalnya juga pernah dipuji penyanyi asal lagu itu iaitu Lamis Kan. Nuha mengakui ia adalah langkah kecil yang diambilnya untuk merealisasikan kesemua impian besarnya. Diharapkan Nuha Bahrin akan terus maju dan lebih berjaya dalam kerjaya untuk masa yang akan datang.

Biodata Nuha Bahrin

  • Nama Sebenar: Nuha Sakina Binti Saiful Bahrin
  • Nama Pentas: Nuha Bahrin
  • Nama Panggilan: Nuha
  • Tarikh Lahir: 4 September 2000
  • Umur: 22 tahun (2022)
  • Tempat Tinggal: Cyberjaya, Selangor
  • Jantina: Perempuan
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Status Perkahwinan: Bujang
  • Adik-beradik: 4 (anak ketiga dalam keluarga)
  • Zodiac: Virgo
  • Bahasa: Bahasa Melayu dan Inggeris
  • Pendidikan:
    – Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya, Penang
    – Sekolah Menangah Kebangsaan Putrajaya Presint (11)
    – Multimedia University, Cyberjaya (MMU) Degree In Marketing
  • Pekerjaan: Penyanyi & Pelajar
  • Lagu: Casablanca
  • Label: Universal Music Malaysia / Beegood Music
  • Pencapaian:
    – 2nd Place Berjaya Teen Start (2017)
    – MMU Got Talent (2017)
    – National Level Of Orchestra (2017)
    – Asia’s Got Talent Participant (2018)
    – Rookie Start Vokal Mania Tv3 (2020)
  • Media Sosial:
    – Instagram: @nuha_bahrin
    – Tiktok: @nuha_bahrin
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: