Langgan newsletter kami!
Contoh Surat Rasmi Kerajaan PDF DOC DOCX

Contoh Surat Permohonan Latihan Praktikal

Contoh Surat Permohonan Praktikal | Latihan praktikal, internship atau latihan industri (LI) adalah salah satu daripada subjek wajib yang perlu dilengkapkan oleh pelajar atau mahasiswa dalam sesuatu jurusan. Latihan industri ini adalah merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia oleh pihak industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara dan dalam jangka masa yang ditetapkan. Ia juga adalah satu medium berguna bagi melengkapkan diri pelajar dalam menempuh alam sebenar pekerjaan di masa akan datang.

Banyak jabatan dan agensi kerajaan mahupun syarikat swasta atau GLC menawarkan peluang latihan industri kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara. Tawaran ini dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Jangka masa LI kebiasaannya antara dua hingga empat bulan bergantung kepada jurusan yang disertai.

Contoh Surat Permohonan Latihan Praktikal

Berikut dilampirkan contoh surat permohonan latihan praktikal, internship atau latihan industri (LI) yang boleh digunakan untuk dihantar ke jabatan kerajaan ataupun syarikat swasta.

Siti Nurul Najwa Binti Sheikh Osman
No. 453, Jalan 12/1 Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Puan Faezah Elianawati Binti Zainal Abidin,
Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama,
Jalan SS7/8, 47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan                                                                               7 Mei 2022

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat tuan/puan selama empat (4) bulan bermula dari 18 Julai 2022 sehingga 30 November 2022.

2. Untuk maklumat tuan/puan, saya merupakan pelajar jurusan Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Skudai, Johor. Saya sedang mengikuti pengajian dalam semester ke-enam di mana salah satu syarat untuk menamatkan pengajian adalah dengan mengikuti program latihan industri di mana-mana jabatan kerajaan atau syarikat swasta.

3. Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa syarikat tuan/puan menepati ciri-ciri organisasi yang mampu menyediakan latihan industri berkualiti dalam bidang Sains Komputer. Saya juga yakin bahawa saya mampu untuk memberi sumbangan dan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan syarikat tuan/puan ke arah yang lebih cemerlang.

4. Bersama-sama ini disertakan resume / CV untuk penilaian pihak tuan/puan. Diharapkan permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan/puan. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

………………………………………………..
(SITI NURUL NAJWA BINTI SHEIKH OSMAN)
Telefon: 019-0102 3456
E-mail: [email protected]

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: