Langgan newsletter kami!
Cara Memasak Nasi Goreng Kampung

Cara Memasak Nasi Goreng Kampung (Versi Melayu!)

Tidak salah jika saya katakan nasi goreng kampung adalah antara menu masakan panas paling top dan popular di Malaysia. Ianya juga sangat digemari oleh yang bujang disebabkan kosnya yang murah namun tetap sedap dimakan. Jika diamati, hampir semua restoren atau kedai masakan panas atau ala thai di sini menyediakan menu ini untuk pelanggan yang berkunjung menikmati hidangan makan malam. Jadi di sini saya ingin berkongsi tentang resepi dan cara memasak nasi goreng kampung yang asli ala Melayu.

Sebenarnya, cara untuk mengenalpasti nasi goreng ini adalah sangat mudah dan kita dapat mengecamnya dengan hanya melihat sekali imbas sahaja. Antara ciri khas yang paling mudah dikenalpasti adalah ianya mempunyai sayur kangkung di dalamnya serta dihiasi dengan lauk ikan bilis. Nasi goreng kampung juga sangat sedap dihidangkan bersama sup kosong, telur mata atau telur dadar dan sedikit sambal belacan serta timun sebagai hiasan dan pelengkap.

Bahan-bahan

Hidangan ini adalah sesuai untuk 5 orang makan. Boleh disesuaikan mengikut jumlah hidangan yang anda inginkan.

  • 5 cawan nasi putih
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Belacan sebesar ibu jari (jika anda bukan penggemar belacan, boleh diganti dengan serbuk ikan bilis)
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 biji telur ayam
  • Sayur kangkung
  • 1 cawan ikan bilis
  • Sedikit potongan ayam (boleh juga gantikan dengan daging)
  • Sedikit bahan penambah perasa (garam, gula, satu sudu sos tiram dan kicap)
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak Nasi Goreng Kampung

  1. Ambil kuali dan goreng ikan bilis terlebih dahulu dan kemudian asingkan.
  2. Dengan kuali yang sama, masukkan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi, ayam yang dipotong kecil serta sedikit belacan.
  3. Tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan 2 biji telur.
  4. Selepas itu masukkan nasi.
  5. Gaul sekata hingga tiada nasi yang tertinggal atau masih berwarna putih.
  6. Seterusnya masukkan pula sedikit garam, gula, sos tiram serta kicap.
  7. Gaul lagi hingga sekata.
  8. Sesuaikan rasa bagi yang pertama kali memasak nasi goreng. Pastikan ia cukup rasa dan tidak terlalu tawar atau masin.
  9. Akhir sekali, masukkan sayur kangkung dan ikan bilis yang telah siap digoreng tadi.
  10. Gaulkan sebati.
  11. Nasi goreng kampung ala kedai melayu siap untuk dihidang!

Selamat mencuba.

Sumber: Norhayati Yusoff

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: