Langgan newsletter kami!
The Gadis (TV3)

Drama The Gadis (TV3)

The Gadis adalah sebuah drama bersiri yang diarahkan oleh pengarah muda Liyana Jasmay. Ia dijangka bersiaran pada bulan Mac 2020 melalui Slot Lestary TV3. Drama terbitan Mermaid Studios Sdn Bhd ini menampilkan pelakon-pelakon wanita seperti Yuna Rahim, Fatin Afeefa dan Erynne Erynna sambil dibantu oleh pelakon yang lain seperti Syafie Naswip, Hun Haqeem, Zain Hamid, Hamidah Wahab dan ramai lagi.

Kemaskini: Tarikh siaran bagi drama ini adalah pada 10 April 2020. Ia akan bersiaran sebanyak 7 episod sahaja.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 7 episod
  • Tarikh Tayangan: 10 April 2020
  • Waktu Siaran: Rabu hingga Jumaat, 9.00 malam
  • Stesen TV: TV3 Malaysia
  • Slot: Lestary
  • Penulis Skrip: Faten Syamimie
  • Pengarah: Liyana Jasmay
  • Produksi: Mermaid Studios Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip, Hun Haqeem, Zain Hamid, Hamidah Wahab

Watak Pelakon

  • Yuna Rahim sebagai Lisa
  • Fatin Afeefa sebagai Nad
  • Erynne Erynna sebagai Lina
  • Syafie Naswip sebagai Shazman
  • Hun Haqeem sebagai Mika
  • Puteri Amira sebagai Rocky
  • Hamidah Wahab sebagai Nek Timah
  • Kamal Bakar sebagai Dato Jefri
  • Rosni Othman sebagai Ibu Shazman

Sinopsis The Gadis

Mengisahkan tentang sekumpulan gadis dari kampung yang ingin mengubah hidup masing-masing. Lina dan Lisa tinggal bersama ayah mereka, Nad pula tinggal bersama Nek Timah. Kepulangan Nad ke kampung menarik perhatian ramai terutama Lisa kerana semakin cantik dan hidupnya kelihatan mewah. Lina bertaut kasih kembali dengan bekas kekasihnya Shazman, tetapi ibu Shazman lebih menyukai Nad kerana merasakan dia sesuai dengan anaknya yang berlulusan tinggi. Nad mengajak Lisa ke Kuala Lumpur jika dia ingin menjadi sepertinya. Adakah Lisa akan mengikuti kata hatinya? Apa yang bakal menanti dia di KL?

Episod 1
Lisa lambat lagi ke sekolah tetapi seperti biasa, kawan baiknya Rocky memberi bantuan. Musuh ketat Lisa di sekolah, Mei Fen menjadi cabaran utama untuk merebut wang tunai biasiswa. Lina di rumah buntu kerana wang tidak cukup untuk membeli keperluan rumah. Perasaan buntunya ditambah dengan perasaan risau apabila mendapat tahu rumah Nek Timah dirompak. Lina menjenguk Nek Timah dan bertembung dengan kekasih lamanya, Shazman. Lisa ditegur Nad, kawan lama Lina dan juga cucu kepada Nek Timah. Lina nampak lusuh dan dia asyik bertanya kepada Nad tentang kehidupannya di KL. Nad kemudian ke rumah mencari Lina, namun Lina tiada. Dia mengajak Lisa keluar makan. Nad menerima panggilan dan mesej dari lelaki bernama Mika.

Sumber: TV3 Official

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: