Langgan newsletter kami!
Skim MySalam Insurans B40 Malaysia

Cara Mohon mySalam – Skim Perlindungan B40

Untuk penerima Bantuan Sara Hidup (Skim BR1M yang ditambahbaik), anda layak menuntut wang sehingga RM8,000 melalui program mySalam Skim Perlindungan B40.

Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 November 2018 lalu telah meluluskan beberapa program bantuan yang mampu memberi manfaat kepada rakyat terutama kepada golongan B40. Pembentangan belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah meluluskan Skim Perlindungan Nasional B40 yang akan mula dilaksanakan bermula 2019.

Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam ialah perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma daripada kerajaan Malaysia. Ia mensasarkan akan dapat membantu golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan dan akan memberi manfaat kepada 4.1 juta isi rumah B40 yang berumur dari 18 hingga 55 tahun.

Di bawah skim ini,

  • Penerima akan mendapat manfaat pendapatan harian sebanyak RM50 sehari (bersamaan dengan RM 700 setahun untuk tempoh 14 hari maksimum) sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital.
  • Dan sekiranya penerima disahkan mengidap 36 jenis penyakit kritikal, pembayaran RM8,000 akan dibuat sekaligus ke akaun penerima.

Skim ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 dan dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad serta disahkan patut syariah.

Proses tuntutan boleh dibuat bermula 1 Mac 2019 di portal rasmi mysalam.com.my

Cara Claim Tuntutan mySalam Skim Perlindungan B40

Berikut adalah cara-cara untuk membuat tuntutan mySalam 2019.

  1. Layari portal rasmi mysalam.com.my
  2. Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS.
  3. Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”.
  4. Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap.
  5. Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims.
  6. Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan.
  7. Klik “Submit” untuk menghantar tuntutan.

Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019.

Senarai 36 Penyakit Kritikal

Berikut senarai 36 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah program mySalam.

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/Encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Pelecuran Tahap Ketiga

Walaubagaimanapun skim ini hanya tertakluk kepada penerima yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja.

Setakat ini skim mySalam tidak melindungi penerima yang mendapatkan rawatan sepenuhnya di hospital swasta.

Untuk senarai hospital di bawah skim ini, anda boleh rujuk https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Untuk maklumat lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 ini, anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke [email protected]

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. cara mohon mySalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: