Langgan newsletter kami!
Gambar Kalkulator

Cara Pengiraan Bon Pelaksanaan

Pengiraan Bon Pelaksanaan

  • Dua setengah peratus (2.5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00;
  • Lima peratus (5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM500,000.00; dan
  • Bagi kontrak bermasa (periodic contract) yang berkuat kuasa dalam tempoh dua (2) tahun atau lebih, peratus dan pengiraan nilai Bon Pelaksanaan hendaklah dikira mengikut anggaran harga kontrak setahun sahaja. Walau bagaimanapun, Bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.

 

Asas Pengiraan Bon Pelaksanaan

BP = 2.5% daripada Nilai Kontrak Keseluruhan
(bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang bernilai RM200,000 hingga RM500,000)

atau

BP = 5% daripada Nilai Kontrak Keseluruhan
(bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang bernilai RM500,000 ke atas)

 

Contoh Pengiraan Bon Pelaksanaan

Contoh 1:

  • Tempoh Kontrak: 3 tahun
  • Nilai Kontrak: RM 4.5 juta
  • Kadar Bon: 5%
    (berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM1.5 juta)
  • Jumlah (RM1.5 juta X 5%) = RM75,000.00

Contoh 2:

  • Nilai Kontrak: RM800,000.00
  • Tempoh Kontrak: 2 tahun
  • Kadar Bon: 2.5%
    (berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM400,000.00)
  • Jumlah (RM400,000.00 X 2.5%) = RM10,000.00
    (bukan RM800,000 X 5% = RM40,000 atau RM400,000 X 5% = RM20,000)

Bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM200,000.00, kontraktor hendaklah mengemukakan bersama-sama dengan Surat Setuju Terima, Bon Pelaksanaan sebanyak 5% daripada jumlah harga kontrak.

Tempoh sah laku jaminan bagi Bon Pelaksanaan hendaklah dari tarikh ianya dikeluarkan sehingga 12 bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas obligasi terakhir, mengikut mana yang terkemudian.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: