Langgan newsletter kami!
Drama Cerita Hantu Asrama

Cerita Hantu Asrama (Astro Prima)

Bermula 5 Disember 2019, Astro Prima akan menayangkan drama bertajuk ‘Cerita Hantu Asrama‘. Drama ini akan ke udara setiap hari Khamis bermula jam 11.00 malam. Fuhh, memang seram tengok cerita hantu tengah-tengah malam. Drama ini diarahkan oleh Faliq Sharif dan diterbitkan oleh Padusi Pictures.

Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah Tiz Zaqyah, Ariff Bahran, As’ad Motawh, Sharifah Rose, Yuna Rahim, Atiq Azman, Adam Lee, Sweet Qismina, Fazziq Muqris, Afieq Shazwan, Aisar Khaledd, Aman, Aiman Tino dan Izzy Reef. Selamat menonton!

Info Drama

  • Tarikh Tayangan: 5 Disember 2019
  • Waktu Siaran: Khamis, 11:00 malam
  • Stesen TV: Astro Prima & Prima HD
  • Penulis Skrip: Marr Mohamad
  • Pengarah: Faliq Sharif
  • Produksi: Padusi Pictures
  • Senarai Pelakon: Tiz Zaqyah, Ariff Bahran, As’ad Motawh, Sharifah Rose, Yuna Rahim, Atiq Azman, Adam Lee, Sweet Qismina, Fazziq Muqris, Afieq Shazwan, Aisar Khaledd, Aman, Aiman Tino, Izzy Reef

Sinopsis Cerita Hantu Asrama

Merupakan sebuah drama bersiri yang menghimpunkan koleksi kisah-kisah misteri yang berlaku di asrama.

Episod 1
Mengisahkan tentang kejadian aneh surau lama di sekolah mereka. Kisah tentang seorang pelajar lelaki bernama Imran yang diganggu ketika solat di surau berkenaan.

Episod 2
Adi menceritakan tentang kisah loker yang menghantui pelajar baru asrama bernama Syaqir. Setiap malam, Syaqir diganggu dengan jeritan dan ketukan-ketukan yang kuat dari dalam loker.

Episod 3
Wani berkongsi kisah tentang Aqilah. Malangnya, Aqilah ditemukan mati dan menghantui seluruh asrama. Wani melihat kelibat misteri di dalam rumah warden Farha. Apa yang terjadi seterusnya?

Episod 4
Yusran menceritakan kisah seorang pelajar perempuan bernama Melati di asrama itu. Melati jatuh cinta dengan Cikgu Sani. Satu kejadian terjadi membuatkan seluruh asrama dihantui Melati.

Sumber: Astro Gempak

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: