Langgan newsletter kami!
Drama Black Viu Malaysia

Drama Black (Viu Malaysia)

Drama berjudul ‘Black’ adalah sebuah siri terbaharu yang dilancarkan oleh VIU Malaysia. Drama yang diadaptasi dari siri Korea versi Melayu ini akan ditayangkan melalui platform online streaming Viu mulai Selasa, 17 Disember 2019. Jadi, jangan lupa muat turun aplikasi Viu!

Siri drama ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan Kroll Azri serta diterbitkan oleh Alpha47 Films. Ia dibintangi oleh ramai pelakon popular Malaysia seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman, Khir Rahman, Rashidi Ishak, Zahim Albakri, Pablo Amirul, Riz Amin dan Josiah Hogan.

Info Drama

  • Episod: 14 episod
  • Tarikh Tayangan: 17 Disember 2019
  • Penulis Skrip: Bernice Low
  • Pengarah: Razaisyam Rashid & Kroll Azri
  • Produksi: Alpha47 Films
  • Senarai Pelakon: Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman, Khir Rahman, Rashidi Ishak, Zahim Albakri, Pablo Amirul, Riz Amin, Josiah Hogan.

Watak Pelakon

Sinopsis Drama Black

Dalam siri Korea asal, Black mengikuti malaikat maut suram yang memasuki dunia manusia dan mendapati dirinya jatuh cinta dengan seorang wanita yang boleh meramalkan kematian. (Semua 18 episod asli boleh didapati di Viu.)

Dalam adaptasi versi Malaysia pula, ia menggantikan konsep malaikat maut dengan bunian, iaitu makhluk ghaib dari dimensi lain.  Ia mengisahkan tentang Black iaitu makhluk bunian yang diarahkan memburu rakannya yang melarikan ke alam manusia. Black kemudiannya telah jatuh cinta dengan wanita bernama Sofia yang boleh meramal kematian. Mereka berdua seterusnya terlibat dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang belum terlerai selama 20 tahun.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: