Langgan newsletter kami!
Syafie Naswip Dalam Telefilem Impian Teristimewa (TV1 RTM)

Telefilem Impian Teristimewa (TV1 RTM)

Telemovie berjudul “Impian Teristimewa” akan ditayangkan di saluran TV1 RTM pada hujung minggu ini, 14 Disember 2019, jam 9.00 malam. Ia membawakan kisah mengenai perjuangan insan berjiwa besar iaitu seorang remaja lelaki kurang upaya yang cuba menempa nama dalam acara balapan di pentas antarabangsa. Ia turut mengetengahkan cabaran seorang jurulatih yang penuh dedikasi, menempuh pelbagai dugaan dalam usaha mengharumkan nama negara.

Telefilem berlatarbelakang sukan dan golongan OKU ini dilakonkan oleh Sherwin Sim, Syafie Naswip, P.Jagen, Aznah Hamid dan Ahmad Zahir Hussain. Ia diarahkan oleh Khairul Anuar Mohd. Noor.

Info Telefilem

  • Genre: Sukan
  • Tarikh Tayangan: 14 Disember 2019, jam 9.00
  • Waktu Tayangan: 9.00 malam
  • Stesen TV: TV1 RTM
  • Pengarah: Khairul Anuar Mohd. Noor
  • Senarai Pelakon: Sherwin Sim, Syafie Naswip, P.Jagen, Aznah Hamid, Ahmad Zahir Hussain

Sinopsis Telefilem Impian Teristimewa

Kisah telemovie ini dimulakan dengan kejayaan Azman, seorang remaja OKU dalam ujian acara balapan peringkat negeri. Bersama meraikan kejayaan beliau adalah jurulatih dan bapa beliau, Coach Jegan dan Ali.

Untuk meneruskan latihan bagi melayakkan diri untuk mewakili negara, Caoch Jegan bercadang melatih Azman di sebuah stadium yang terletak berjauhan dari rumah beliau di kampung. Oleh sebab ketiadaan wang untuk berulang-alik dari kampung, ibu Azman, Minah, meminta bantuan Makcik Yati yang tinggal berdekatan dengan stadium untuk menumpangkan Azman buat sementara waktu. Selain menumpang di rumah Makcik Yati, Azman turut membantu beliau dalam menjalankan perniagaan restoran.

Seterusnya, Coach Jegan memperkenalkan Ah Meng, seorang atlet OKU kepada Azman untuk berlatih bersama merebut peluang mewakili negara. Hubungan Azman dan Ah Meng semakin akrab kerana selalu berlatih dan pulang ke kampung bersama. Latihan mereka membuahkan hasil di mana mereka berjaya melayakkan diri untuk mewakili negara dan mereka berpindah ke pusat latihan yang lebih besar yang dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal dan pemberian elaun.

Sedang mereka membuat persiapan untuk acara sukan paralimpik di peringkat antarabangsa, mereka dilanda musibah di mana kereta yang mereka naiki terbabas dan mengorbankan Ah Meng. Manakala Coach Jegan menerima kecederaan patah kaki dan Azman hanya mengalami kecederaan ringan. Insiden ini melumpuhkan semangat juang Azman kerana amat bersedih dengan pemergian Ah Meng dan Coach Jegan yang masih lagi dalam rawatan.

Alia, rakan Ah Meng yang mengagumi kesungguhan Azman menawarkan diri untuk membantu mengembalikan semangat Azman untuk terus berjuang. Dibantu dengan kehadiran ibu bapa Azman yang berkunjung melawat beliau, mereka cuba membangkitkan semangat Azman untuk terus berjuang mengharumkan nama negara dalam acara balapan. Namun adakah Azman mampu bangkit?

Sumber: RTM

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: