Langgan newsletter kami!
Maksud Syuruk Dan Imsak (Gambar Majid Putra)

Maksud Syuruk dan Imsak

Seringkali kita melihat Takwim Waktu Solat yang mana terdapat di dalam waktu solat 5 waktu yang biasa iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Namun begitu terdapat juga dua waktu yang kebiasaannya dipaparkan juga di dalam takwim itu iaitu Imsak dan Syuruk. Jadi apakah maksud Syuruk dan maksud Imsak yang sebenar?

Maksud Syuruk

Syuruk secara ringkasnya bermakna mahahari terbit (sun rise). Waktu syuruk ialah 28 minit selepas subuh iaitu ketika matahari baru naik ke langit.

Contohnya,
jika waktu subuh ialah dari jam 5.35 pagi hingga 7.05 pagi,
maka 7.05 pagi + 28 minit = 7.33 pagi.

Oleh itu,
7.05 pagi hingga 7.33 pagi ialah waktu syuruk.

Waktu syuruk ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari iaitu waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).

Rasulullah SAW mengharamkan solat di waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini.

Video penerangan waktu syuruk oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut: “Permulaan waktu Subuh ialah ketika terbit fajar sodiq dan berterusan hingga matahari terbit. Ini berdasarkan hadith, sabda Rasulullah SAW:

وَقْتُ صَلاَةِ الصُّبْحِ مِنْ طُلُوعِ الْفَجْرِ مَا لَمْ تَطْلُعِ الشَّمْسُ

Maksudnya: “Waktu solat Subuh adalah dari terbit fajar selama matahari belum terbit.” Riwayat Muslim (612)

Abu al-‘Abbas al-Qurtubi dalam kitab al-Mufhim li ma Asykala min Talkhis Kitab Muslim menjelaskan: “Fajar itu ialah keluarnya belahan cahaya putih dari timur, ia dinamakan sedemikian kerana sifatnya yang memancar, yakni kerana sifatnya yang terdedah dan keluar, seperti mana memancarnya sungai. Ia memilki dua jenis yakni fajar kazib (dusta) yang dinamakan sebagai dzanb al-sarhan yakni suatu yang naik memanjang; dan fajar sadiq yakni yang bersifat seakan ombak yang merata (secara horizontal) di ufuk.”

Maksud Imsak

Waktu imsak pula adalah waktu yang sangat penting buat orang yang ingin berpuasa. Imsak adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud menahan daripada sesuatu. Di waktu imsak, kita disunatkan untuk berhenti makan sebagai sikap berhati-hati dengan munculnya fajar yang menandakan subuh. Bersahur ketika hampir waktu imsak ini juga adalah lebih afdhal kerana ia amalan Rasulullah SAW.

Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW dan Zaid bin Tsabit bersahur bersama. Apabila selesai daripada sahur mereka berdua, Rasulullah SAW bangun lalu bersolat. Kami (para sahabat) bertanya kepada Anas, “Berapa kadar masa antara waktu sahur mereka dan masuknya mereka untuk bersolat?” Anas menjawab, “Kadar apa yang boleh dibaca oleh seorang lelaki sebanyak lima puluh ayat.”
Hadis riwayat Imam Bukhari (550) dan Imam Muslim (1097).

Tujuan penandaan waktu imsak ini ialah sebagai langkah mengelakkan syak, sama ada sudah terbit fajar atau belum, dengan afdal meninggalkan makan dan minum sedikit masa sebelum terbitnya fajar.

Dah Masuk Waktu Imsak Boleh Makan / Sahur Lagi Ke Tak?

Ramai di antara kita yang keliru dengan tibanya waktu Imsak, adakah kita tidak dibenarkan makan terus ataupun sebaliknya. Menerusi Twitter PU Rahmat menerangkan tentang persoalan ini dan adakah benar tidak boleh makan sekiranya telah masuk waktu Imsak. Hal ini turut diterangkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

14

Menurutnya, waktu Imsak boleh diibaratkan seperti lampu isyarat berwarna kuning di mana kita perlu bersedia untuk memberhentikan kenderaan. Dengan ini, cara mudah untuk difahami ialah waktu Imsak kita disunatkan untuk berhenti makan dan waktu untuk kita berjaga-jaga kerana ianya menandakan waktu subuh bakal tiba.

Dia turut menegaskan bahawa tujuan penandaan waktu Imsak adalah untuk mengelakkan syak sama ada sudah terbit fajar atau belum. Jadi lebih afdal untuk tidak makan dan minum sedikit sahaja sebelum terbit fajar (walaupun kita masih dibolehkan untuk makan pada waktu imsak).

Wallahua’lam.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: