Langgan newsletter kami!
Drama Degup Cinta (Astro Ria)

Drama Degup Cinta (Astro Ria)

Drama berjudul ‘Degup Cinta‘ adalah sebuah drama bertemakan cinta yang diarahkan bersama oleh Shahrulezad Mohameddin dan Noorsyahida Mohd Radzali. Ia bakal bersiaran di Astro Ria saluran 124 dan Astro Ria HD saluran 104 melalui Slot MegaDrama mulai 27 April ini, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.

Drama bersiri 26 episod ini diterbitkan oleh Threeline Media Sdn Bhd. Ia menampilkan senarai pelakon hebat tanahair seperti Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan dan Mathni Razak. Di samping itu, pelakon-pelakon lain yang turut sama menjayakan drama ini adalah Zalif Sidek, Zaryn Min, Laila Nasir, Faez Nick, Hanif Safuan, Sahronizam, Ruzana Ibrahim, Cinta Deline, Shuhanty Hanafiah, Zalfa Zin dan ramai lagi.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 26 episod
  • Tarikh Tayangan: 27 April 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria & Ria HD
  • Slot: MegaDrama
  • Penulis Skrip: Maizura Mohd Ederis
  • Pengarah: Shahrulezad Mohameddin, Noorsyahida Mohd Radzali
  • Produksi: Threeline Media Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaryn Min, Laila Nasir, Faez Nick, Hanif Safuan, Sahronizam, Ruzana Ibrahim, Cinta Deline, Shuhanty Hanafiah, Zalfa Zin

Watak Pelakon

  • Josiah Hogan sebagai Reza
  • Shiqin Kamal sebagai Zahlia
  • Mathni Razak sebagai Haikal
  • Juliana Evan sebagai Jasmin
  • Zaryn Min sebagai Ana
  • Zalif Sidek sebagai Amran
  • Shuhanty sebagai Amira
  • Faez Nick sebagai Chef Umar
  • Hanif Safuan sebagai Firdaus
  • Sahronizam sebagai Kamal (Paksu)
  • Laila Nasir sebagai Mariani
  • Cinta Deline sebagai Ayu

Sinopsis Degup Cinta

Drama ini mengisahkan tentang pertemuan dua hati yang lara dalam situasi yang tidak disangka. Reza membawa diri setelah kehilangan wanita yang dicintainya, sementara Jasmin pula akibat kemalangan. Berbeza dengan Zahlia yang melarikan diri setelah melihat bakal suaminya, sementara Haikal pula berlaku curang.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: