Langgan newsletter kami!
Resepi Jus Susu Kurma

Resepi Jus Susu Kurma Yang Mudah Dan Sedap

Lebih kurang sebulan lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Pastinya setiap kali ketibaan bulan yang mulia ini akan ada juadah dan menu istimewa agar kita semua akan terus bertenaga dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik. Antara resepi yang boleh anda cuba adalah air atau jus kurma dengan susu.

Sebenarnya terdapat khasiat meminum jus susu kurma semasa bersahur. Ianya bukan sahaja mengikut sunnah Nabi, malah baik untuk kesihatan dan boleh mengurangkan rasa lapar walaupun tidak sempat bersahur makanan yang berat. Di samping itu, minuman ini juga bagus untuk ibu-ibu mengandung dan mereka yang sedang berdiet. Jadi di sini dkongsikan 4 resepi jus susu kurma yang mudah disediakan dan sedap diminum.

Resepi Jus Kurma Shake

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 5 biji kurma
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan oat
  • 2 cawan susu segar

Cara untuk membuatnya:

  1. Buang terlebih dahulu biji kurma tersebut.
  2. Kemudian rendamkan buah kurma tadi ke dalam 1 cawan air.
  3. 1/2 cawan oat dicampurkan bersama 1 cawan susu segar.
  4. Sejukkan kedua-dua bahan tadi selama satu malam.
  5. Kisarkan air rendaman kurma bersama dengan campuran oat dan susu tersebut. Kisar bahan tadi sehingga sebati.
  6. Siap dan boleh diminum.

Resepi Kurma Susu

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 500 ml susu segar (untuk 2 gelas)
  • 7 biji kurma

Cara untuk membuatnya:

  • Cara 1: Kisar kurma yang sudah dibuang bijinya bersama susu segar tadi. Siap untuk diminum.
  • Cara 2: Buang biji kurma dan rendamkan bersama secawan air masak semalaman. Selepas itu campuran air bersama kurma tadi dikisar bersama susu segar. Siap untuk diminum.

Resepi Air Susu Kurma (Puree Kurma)

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • Kurma lembut/lembik – lebih kurang 25 biji untuk dijadikan puree
  • Susu segar

Cara untuk membuatnya:

  1. Buang biji kurma terlebih dahulu.
  2. Kemudian basuh kurma yang dibuang biji tadi.
  3. Kukuskan selama 15-20 minit, kemudian kisar sehingga halus sehingga menjadi seperti puree.
  4. Campurkan 2 sudu puree kurma tadi bersama 1 cawan susu segar.
  5. Siap dan boleh diminum.

Resepi Smoothie Kurma Susu

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 7 biji kurma
  • 1 cawan air panas
  • beberapa ketul ais
  • 1 cawan susu segar

Cara-cara membuatnya:

  1. Rendamkan kurma yang telah dibuang biji dengan air panas selama 15 minit.
  2. Kisar kurma bersama air rendaman tadi sehingga halus.
  3. Masukkan ais dan kisar lagi.
  4. Masukkan 1 cawan susu segar dan kisar sehingga sebati.
  5. Siap dan boleh diminum.
    (Bagi yang alah dengan susu segar boleh digantikan dengan yogurt asli)

Selamat mencuba! Lepas ni tak payah nak beli susu kurma yang dah siap macam jenama farm fresh tu. Buat sendiri lagi puas hati! Semoga resepi ini akan membantu anda untuk lebih bertenaga.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: