Langgan newsletter kami!

Himpunan Senarai Sunnah Rasulullah SAW

Sunnah nabi bererti “cara nabi” atau “amalan nabi” yang mana diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW. Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunah adalah segala sesuatu yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak ataupun perilaku, sesudah dilantik menjadi Rasul. Dalam hal ini, amalan Sunnah menurut mereka adalah perbuatan Nabi Muhammad SAW untuk memenuhi kehendak Allah di dalam Quran.

Hukum mengikut sunnah nabi ialah seseorang itu akan mendapat pahala jika mengikutinya namun tidaklah berdosa jika meninggalkannya.

Dari Amru bin Auf: Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (0174) Sahih Ibnu Majah.

Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan
Sunnah Rasulnya. (Hadith riwayat Malik)

Berikut adalah himpunan senarai sunnah nabi SAW:

Sunnah Nabi Dalam Beribadat

  1. Membaca Surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
  2. Selepas Wuduk Solat Dua Rakaat
  3. Menjawab Seruan Azan
  4. Ke Masjid Awal
  5. Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
  6. Hadir Solat Dengan Tenang
  7. Solat Berhadang
  8. Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
  9. Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahiyat
  10. Melakukan Solat Sunat Rawatib
  11. Solat Dhuha
  12. Qiyamullail
  13. Solat Sunat Witir
  14. Solat Dengan Beralas Kaki
  15. Solat Di Masjid Quba’
  16. Solat Sunat Di Rumah
  17. Solat Istikharah
  18. Duduk Di Tempat Solat Selepas Solat Subuh Hingga Terbit Matahari
  19. Hadir Awal Untuk Solat Jumaat
  20. Pergi Dan Balik Solat Raya Dengan Jalan Berbeza
  21. Solat Jenazah
  22. Menghidupkan Ramadhan
  23. Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
  24. Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
  25. Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
  26. Puasa Hari Arafah
  27. Puasa Hari Asyura
  28. Banyak Membaca Al-Quran
  29. Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
  30. Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
  31. Bertasbih
  32. Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
  33. Baca Zikir Dalam Majlis
  34. Banyak Melakukan Amal Soleh Pada 10 Zulhijjah
  35. Lari-lari Anak Semasa Tawaf
  36. Beramal Soleh Berterusan Walaupun Sedikit

Sunnah Nabi Dalam Berdoa

  1. Berdoa Pada Waktu Malam
  2. Berdoa Ketika Singgah Di Sesuatu Tempat
  3. Berdoa Ketika Bangun Dari Tidur
  4. Berdoa Selepas Wuduk
  5. Berdoa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
  6. Berdoa Ketika Memakai Baju Baru
  7. Berdoa Untuk Pesakit
  8. Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
  9. Berdoa Ketika Hujan Turun
  10. Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
  11. Berdoa Ketika Angin Bertiup
  12. Berdoa Ketika Mendapat Musibah
  13. Mendoakan Orang Yang Bersin
  14. Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
  15. Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
  16. Banyakkan Berdoa Setelah Tahiyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
  17. Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat

Sunnah Nabi Dalam Kehidupan Harian

  1. Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
  2. Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
  3. Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
  4. Berwuduk Sebelum Mandi
  5. Jimat Penggunaan Air
  6. Banyak Bersugi
  7. Mandi Hari Jumaat
  8. Ziarah Kubur
  9. Bersahur
  10. Segera Berbuka Puasa
  11. Pilih Seorang Ketua
  12. Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
  13. Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
  14. Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
  15. Baca Bismillah Ketika Makan
  16. Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
  17. Minum Dalam Keadaan Duduk
  18. Berkumur Dengan Susu
  19. Tidak Mencela Makanan
  20. Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Apabila Selesai Makan
  21. Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
  22. Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Solat Raya Aidilfitri
  23. Menyebarkan Salam
  24. Menuntut Ilmu
  25. Meminta Izin Sebelum Masuk Tiga Kali
  26. Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
  27. Aqiqahkan Anak
  28. Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
  29. Melawat Pesakit
  30. Senyum
  31. Ziarah menziarahi Kerana Allah
  32. Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
  33. Tutup Mulut Apabila Menguap
  34. Sangka Baik Terhadap Manusia
  35. Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
  36. Sunnah Fitrah
  37. Menjaga Anak Yatim
  38. Menjauhi Marah
  39. Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
  40. Bersedekah
  41. Bersedekah Jariah
  42. Membina Masjid
  43. Toleransi Ketika Berjualbeli
  44. Menghilangkan Gangguan Jalan
  45. Membunuh Cicak
  46. Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
  47. Memberi Nafkah Keluarga
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

3 comments

  1. Nur Suriyati Sudin

    Assalamualaikum. nak tanya macam apa bacaan zikir ketika masuk rumah dan dalam majlis. Stu lgi apa itu solat berhadang?

  2. Assalamualaikum, mohon share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: