Home / Politik / Info dan Gambar Menarik Menara Berkembar KLCC
Photo Of KLCC Malaysia

Info dan Gambar Menarik Menara Berkembar KLCC

Menara KLCC atau Menara Berkembar Petronas adalah sebuah bangunan ikonik 88 tingkat yang menjadi mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur. Malah ia telah menjadi satu imej untuk negara kita yang mana kebanyakan poster dan gambar pengiklanan mengenai Malaysia akan memaparkan imej ‘iconic building’ ini.

Menara ini pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum di atasi oleh Burj Khalifa, Dubai dan Taipei 101, Taiwan. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ke-4 Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad.

Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Ia memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).

Sejarah Pembinaan KLCC

Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini siap dibina pada tahun 1998. Pembinaan di tapak asal  lumba kuda (Selangor Turf Club) ini mengambil masa selama tujuh tahun dan menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.

Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.

Menara setinggi 88 tingkat ini dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca. Ia direka untuk menyerupai motif kesenian Islam yang mencerminkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Satu lagi pengaruh seni Islam dalam senibina bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat. Di bahagian bawah menara berkembar pula terletak pusat beli-belah Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.

Info Teknikal Menara KLCC

  • Ketinggian Keseluruhan: 452.0 m (1,482.9 ka)
  • Bilangan Tingkat: 88
  • Keluasan Tingkat: 395,000 m² (4,252,000 sq ft)(1 & 2)
  • Bilangan Lif: 78 (Menara 1 & 2)
  • Kos Pembinaan: USD $1.6 bilion
  • Tempoh Pembinaan‎: ‎1992–1998
  • Dibuka: 31 Ogos 1999

Gambar KLCC

Berikut adalah beberapa gambar menarik Menara KLCC dalam format high resolution.

Beautiful KLCC View From BelowGambar KLCC Waktu Malam
Taman KLCC
Night View Of KLCC Malaysia
Petronas KLCC Tower Wallpaper HD
Petronas Tower KLCC Malaysia
Petronas Twin Tower Malaysia
Photo Of KLCC Malaysia

Image Of KLCC Malaysia
KLCC View From Far

Rujukan: Wikipedia

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: