Langgan newsletter kami!
Keranaku Mencintaimu (TV1)

Keranaku Mencintaimu (TV1)

Keranaku Mencintaimu adalah sebuah telefilem yang akan ditayangkan melalui Slot Panggung 1 RTM pada 3 Mei 2020 jam 10.00 malam di TV1. Telefilem ini diarahkan oleh Rina Khan dan diterbitkan oleh Saujana Media Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Aedy Ashraf, Fauziah Latiff, Zeera Azizi dan ramai lagi.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: Ahad, 3 Mei 2020
  • Waktu Siaran: 10.00 malam
  • Stesen TV: TV1 RTM
  • Slot: Panggung 1
  • Penulis Skrip: Rina Khan
  • Pengarah: Rina Khan
  • Produksi: Saujana Media Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Aedy Ashraf, Fauziah Latiff (Gee), Zeera Azizi, Haleeda Mazlin, Daniella Sya, Kuna Muzani

Sinopsis Keranaku Mencintaimu

Memaparkan kisah tentang seorang anak yang jatuh cinta dengan ibu sendiri tanpa menyedari rahsia perhubungan mereka. Pertemuan Dira dan Iskandar tanpa disengaja menyebabkan mereka menjadi akrab. Iskandar rupanya adalah arkitek baru di tempat Dira bekerja. Iskandar ditugaskan sebagai pembantu kepada Cik Maryam iaitu pemilik syarikat. Dira mula menyukai Iskandar, tetapi sebaliknya. Iskandar pula telah jatuh hati kepada Cik Maryam yang berusia lebih daripadanya?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: