Langgan newsletter kami!
Logo Parti Bersatu

King Coco Ketua Srikandi Bersatu Bagan Serai?

Instafamous yang pernah viral beberapa tahun lalu dengan pelat Mat Salleh, King Coco kembali menjadi bualan netizen selepas dikatakan menang pertandingan jawatan Ketua Srikandi Parti Bersatu bahagian Bagan Serai di Perak.

Khabar mengejutkan itu didedahkan melalui satu rakaman video yang mula disebarkan semalam melalui Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku. Dalam video tersebut, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail yang bertanding untuk pemilihan Bahagian 2020/2022 memenangi jawatan tersebut apabila mendapat 62 undi. Ibu kepada seorang anak itu dikatakan menewaskan dua lagi pencabarnya.

Selain video tersebut, satu poster yang menunjukkan Coco, 22 tahun, sebagai calon nombor tiga jawatan itu turut tersebar di media sosial. Bagaimanapun setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada Parti Bersatu berkenaan perkara itu.

Walaupun ada pihak yang menyokongnya, ada juga segelintir netizen menyuarakan rasa tidak senang terhadap perkembangan itu. Coco sebelum ini mengundang perhatian ramai warga maya apabila mengatakan dirinya berdarah kacukan daripada pelbagai keturunan. Dia berkahwin ketika berusia 19 tahun pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: Malaysiakini

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: