Langgan newsletter kami!
Statistik Covid 19

[LIVE] Statistik Terkini Covid-19

Seperti semua sedia maklum, seluruh dunia kini diancam oleh satu wabak penyakit berbahaya yang dikenali sebagai Covid-19 atau Coronavirus. Covid-19 merupakan virus baru dalam keluarga coronavirus yang pernah menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) pada tahun 2002 dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) pada tahun 2014.

Virus ini boleh menyebabkan banyak komplikasi kesihatan seperti kegagalan sistem pernafasan, kegagalan buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kematian. Setakat ini masih tiada ubat khusus untuk merawat virus ini. Pesakit Coronavirus di China dirawat menggunakan ubat yang sama digunakan untuk merawat pesakit HIV.

Apakah tanda-tanda seseorang yang telah dijangkiti dengan virus Covid-19? Selepas dijangkiti, pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:

  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Selsema
  • Demam
  • Sesak nafas
  • Sakit badan

Statistik Jangkitan COVID-19 Seluruh Dunia

Sehingga artikel ini ditulis, jumlah kes yang dicatatkan di seluruh dunia adalah sebanyak 134,679 dengan jumlah kematian 4,973 orang. Negara China mencatatkan bilangan kes tertinggi di samping beberapa negara lain seperti Republik Korea, Jepun, Itali, Iran dan beberapa negara Eropah lain.

Untuk statistik terkini, sila rujuk pada 2 rajah di bawah dan statistik tersebut adalah live dan terkini.

 

Statistik Jangkitan COVID-19 Di Malaysia

Di Malaysia, setakat 13 Mac 2020, virus Covid-19 ini telah mencatat sebanyak 158 kes berikutan gelombang kedua yang melanda negara baru-baru ini. Namun begitu tiada kematian direkodkan setakat ini.

Orang ramai disarankan mengikut langkah-langkah pencegahan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang wabak ini daripada menular dan mengelakkannya dari tersebar.

Untuk berita dan maklumat terkini tentang Covid-19 di Malaysia, anda boleh merujuk terus ke Portal Rasmi KKM.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: