Ekonomi Jatuh Covid 19

Kejatuhan Ekonomi Disebabkan Covid-19. Apa Persiapan Kita?

Harga minyak dunia sekarang merudum sehingga USD31/barrel akibat Covid-19. Ada analyst menjangka harga minyak akan jatuh ke-paras USD20. Berita baik untuk pengguna kerana berkemungkinan harga petrol di stesen jatuh pada harga Rm1.20/liter nanti. Berita buruknya, bila harga rendah ianya adalah tidak baik untuk ekonomi Malaysia di mana belanjawan 2020 di-peg pada harga minyak USD60/barrel.

Ini bermakna Malaysia tidak akan mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi 4.5% dan berkemungkinan besar ekonomi negara akan menguncup kerana berlakunya global recession. Saya telah mengalami beberapa recession semasa zaman bekerja pada tahun 1982-1983, 1990-1991, 1998-2000 dan 2008-2010.

Penularan Covid-19 ini akan berlaku sekali lagi economy meltdown di seluruh dunia. Saya menjangkakan masalah virus ini akan berpanjangan antara 1 hingga 2 tahun lagi. Penjawat awam tidak akan merasa tempias masalah ekonomi merudum tetapi menjadi perit kepada mereka di swasta dan yang berniaga.

Apakah petanda apabila recession akan muncul?

  • Harga rumah jatuh
  • Demand untuk rumah baru merudum
  • Construction business slowdown
  • Jualan kereta baru merosot
  • Trend share market ke bawah
  • Harga minyak tidak stabil
  • Unemployment rate naik
  • BR naik secara perlahan
  • Hutang kad kredit bertambah
  • Rate inflasi naik
  • Harga barangan keperluan naik
  • Economy meltdown bermula dari negara ekonomi besar seperti US, Germany, France dan lain-lain

Saya pernah saksikan pada recession 1998-2000 dan 2008-2010 bagaimana rakan rakan kena retrench dari pekerjaan, business lingkup, rumah mereka dilelong dan ramai pulang ke kampung halaman kerana tidak mampu tinggal di bandar dengan kos sara hidup yang tinggi.

Kawan-kawan rasa sengsara pada zaman tersebut kerana mengambil loan bank di mana BR (Base Rate) mendadak naik sehingga terpaksa membayar dua kali ganda. Kalau biasa mereka membayar RM3,000 setiap bulan, dengan sekelip mata kena bayar RM6,000 pula. Pada masa itu lah rakan-rakan yang menggunakan loan takaful merasa lega kerana tiada peningkatan bayaran bulanan mereka.

Saya notis banyak kereta dan rumah dilelong dengan harga murah. Seorang rakan membeli sebuah rumah banglo di PJ dengan harga RM500k sahaja kerana pemiliknya tersepit kewangan.

Apa perlu rakyat marhaen buat zaman recession ini?

  • Simpan 6 bulan cash reserve sebagai kontigensi. Jika anda perlu membayar setiap bulan hutang rumah RM1,000, hutang kereta RM500, perbelanjaan rumah RM2,000, maka jumlah sebulan adalah RM3,500. Ini bermakna cash reserve 6 bulan yang perlu disimpan adalah RM21,000. Jika recession datang, anda ada 6 bulan untuk menilai situasi, mengambil langkah drastik dengan tidak mencopek.
  • Jangan berhutang baru dan langsaikan apa-apa hutang yang ada. Anda tidak perlu membayar riba kepada bank.
  • Bayar 100% hutang kad kredit. Lebih baik anda gunting semua kad kredit yang ada.
  • Berjimat cermat bila berbelanja. Tidak perlu beli iPhone jika Android China phone anda masih berfungsi.
  • Jangan bertukar kerja sekarang ini kerana kebiasaan bila retrenchment, last in first out.
  • Kalau kewangan kukuh, carilah rumah lelong yang berharga murah pada zaman recession.
  • Balik kampung tanam kacang kerana sara hidup di bandar adalah lebih tinggi.
  • Ambil skim MSS/VSS jika semua hutang sudah langsai dan tarikh persaraan anda sudah hampir.
  • Cash is king.

Kepada mereka yang mempunyai wang lebihan, recession adalah masa sesuai untuk membeli rumah dengan harga murah kerana pelaburan hartanah sangat menguntungkan bila ekonomi berkembang semula nanti.

Allahuallam.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: