Home / Agama / Maksud Hukum Wajib, Sunat, Haram, Makruh dan Harus

Maksud Hukum Wajib, Sunat, Haram, Makruh dan Harus

Hukum Wajib: iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti dilakukan di mana jika ditinggalkan akan berdosa.

Hukum Sunat: iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarak iaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.

Hukum Haram: iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa.

Hukum Makruh: iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya.

Hukum Harus (Mubah): iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia sama ada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Assalamualaikum cik Azhan. Boleh saya bertanya? Dari amna cik Azhan ambil sumbar makna bagi hukum- hukum ini? Saya perlukan rujukan dari mana cik ambik. Apa-apa boleh emailkan pada saya. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: