Langgan newsletter kami!
Islamic Wallpaper Gambar Masjid

Maksud Mudarris, Muallim, Murabbi, Muaddib dan Mursyid

Jika sebelum ini saya telah mengupas tentang beberapa perkataan Arab yang di’Melayu’kan seperti sanah helwah dan la tahzan, sekarang kita lihat beberapa lagi perkataan yang biasa kita dengar. Perkataan seperti mudarris, mualim, murabbi, muaddib dan mursyid biasa digunakan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran terutamanya yang melibatkan ilmu agama.

Maksud Mudarris, Muallim, Murabbi, Muaddib dan Mursyid

Mudarris

Perkataan mudaris berasal dari perkataan arab yang bermaksud mengajar ataupun pengajaran. Pendidik hendaklah bertanggunjawab menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani, emosi dan juga sosial.

Apa yang diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran adalah sebahagian daripada amal soleh. Manakala enggan menyampaikannya adalah merupakan satu kesalahan.

Muallim

Pendidik sebagai muallim boleh didefinasikan sebagai mengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan. Merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mualim bermaksud 1 orang yang ahli dalam hal agama.

Muallim mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Muallim mengajar kerana Allah SWT dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar.

Murabbi

Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir. Pendidik sentiasa menyayangi pelajar dan menasihati serta membimbing dalam pembentukan sahsiah mereka. Pendidik juga adalah kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar.

Muaddib

Muaddib bermaksud mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar. Pendidik yang muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan pelajar.

Muaddib ialah seorang yang memberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. Pendidik juga mendidik pelajar agar tidak merendahkan ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya. Pendidik mendidik pelajar melalui akhlak yang baik daripada hanya penyampaian secara teori sahaja.

Mursyid

Pendidik yang mursyid bermaksud sebagai penuntun jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah SWT dan khalifahNya di muka bumi. Mursyid menunjukkan kepada jalan yang benar dari sudut ilmu kesufian dan memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus.

Pendidik mempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlak tercela, tidak taksub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan.

Syarat untuk menjadi pendidik yang mursyid ialah beliau mestilah alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar.

Sumber: Akademi Pengajian Saidatina Aisyah Malaysia

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: