Langgan newsletter kami!
Membeli Pakaian Kanak Kanak

Take Note Perkara ini Sebelum Membeli Pakaian Kanak-kanak

Sebagai ibubapa, semestinya kita menginginkan yang terbaik untuk anak-anak dari semua aspek kehidupan termasuklah dalam hal pakaian. Membeli baju kanak-kanak tidak semudah memilih ikan di pasar kerana banyak perkara yang perlu kita titik beratkan demi menjamin keselesaan mereka. Jadi, perkongsian hari ini bertujuan untuk berkongsi tips atau perkara yang perlu kita ‘take note’ sebelum membeli pakaian kanak-kanak.

Tips Memilih Pakaian Anak

1. Material

Material adalah perkara utama yang perlu kita titik beratkan kerana kulit kanak-kanak sangat sensitif ditambah pula dengan sifat mereka yang sangat aktif dan lasak. Seperti yang kita tahu, banyak material yang digunakan untuk membuat pakaian seperti microfiber, polyster, cotton dan sebagainya. Maka, ibu bapa perlu memilih material yang sesuai untuk kulit kanak-kanak seperti cotton kerana cotton merupakan material terbaik yang mampu menyerap peluh dengan baik dan menjamin keselesaan pemakai. Jadi, buat pilihan yang betul untuk mengelakkan masalah pada kulit anak-anak di kemudian hari.

2. Keselesaan

Jangan pilih pakaian yang terlalu ketat sehinggakan tiada ruang untuk kulit mereka bernafas. Sebaliknya pilihlah pakaian yang longgar dan memudahkan pergerakan mereka. Yang penting, sebelum membeli pakaian, ukur terlebih dahulu saiz badan mereka supaya tidak terlalu sendat. Pakaian yang ketat menjadikan kanak-kanak tidak selesa yang mendorong mereka untuk mudah merubah kepada mood yang negatif.

3. Aksesori yang Sesuai

Bila scroll di media sosial dan tengok kanak-kanak lain comel aje bila pakai baju dengan aksesori seperti jacket tebal dan knitted hat, boots, semestinya kita sebagai ibu bapa turut menginginkan yang sama. Tapi, take a step back dan fikir balik adakah aksesori yang nak dipakaikan bersesuaian dengan cuaca panas di Malaysia. Contohnya knitted hat yang tebal boleh membuatkan kulit mereka berpeluh dan mendorong kepada masalah kulit seperti alergik.

4. Warna dan Corak

Kanak-kanak sangat menyukai warna yang terang dan corak yang menarik. Tidak kisahlah dewasa atau kanak-kanak, pada asasnya warna dan corak memainkan peranan penting untuk menaikkan mood seharian. Oleh itu sangat penting untuk ibu bapa memilih pakaian yang berwarna ceria dan corak yang menarik seperti kartun yang mereka suka.

5. Kos

Kos juga adalah perkara penting kepada ibu bapa untuk membuat pembelian. Seperti yang kita tahu, pakaian kanak-kanak adalah lebih tinggi kosnya dari pakaian orang dewasa dan mereka ini cepat membesar. Oleh itu, jangan pilih baju atau pakaian yang terlalu mahal kerana baju yang dipakai mungkin hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan sahaja. Jadi, ibubapa dinasihati untuk membeli baju yang harganya tidak terlalu tinggi sekaligus kita pun dapat berjimat.

6. Kemudahan Akses

Zaman kini sudah berubah! Dengan kemudahan teknologi di hujung jari yang serba canggih ini, banyak pakaian budak yang boleh kita dapati secara online shopping sahaja tanpa perlu membazirkan masa dan minyak untuk ke shopping mall membeli pakaian anak-anak. Antara platform yang menjual pakaian kanak-kanak adalah seperti Shopee dan Lazada. Jadi, manfaatkan kemudahan akses yang ada kerana online shopping memudahkan kita untuk membuat perbandingan dari segi kualiti, harga baju dan material. Tambahan lagi, dalam keadaan pandemik yang tidak menentu, lebih selamat untuk membuat pembelian secara online.

Segala yang disebutkan di atas seperti material, kos, warna dan corak, keselesaan dan kemudahan akses perlu ibu bapa fikirkan kembali untuk menjamin keselesaan mereka dan juga kemudahan untuk diri sendiri.

Anda berminat untuk mendapatkan baju tidur kanak-kanak yang menarik? Layari kedai ‘Khairol Arrumi Store’ sebab di sini terdapat lebih dari 100 pilihan baju tidur kanak-kanak yang berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan. Pakaian kanak-kanak mereka menggunakan material cotton yang berkualiti tinggi, jahitan yang sangat kemas, warna yang tak mudah luntur dan yang penting sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia. Penghantaran pun pantas tau di mana mereka akan membuat penghantaran dalam tempoh 24 jam. Tunggu apa lagi? Jom shopping sekarang.

Khairol Arrumi Store (1)

Caraousell (1)

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: