Langgan newsletter kami!

Resepi Air Asam Ikan Bakar

Bahan-bahan untuk Resepi Air Asam

  • 1 biji tomato dibelah dua
  • 4 biji bawang merah (bawang kecil)
  • 1 biji / satu biji setengah Belacan. Pastikan dibakar terlebih dulu
  • Asam jawa sebanyak lebih kurang sebiji tomato saiz sederhana
  • 10 tangkai cili api (Untuk yang mahu lebih pedas, boleh tambah lagi)
  • 1 tangkai cili merah dipotong dua
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan air masak (boleh tambah atau kurang mengikut citarasa)
  • 2 biji limau kasturi

 

Cara-cara Penyediaan Air Asam

  1. Bancuh asam jawa dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil patinya. Masukkan ke dalam blender.
  2. Masukkan juga ke dalam blender separuh daripada bahagian tomato yang telah dibelah dua, 2 biji bawang merah, separuh daripada setangkai cili yang dipotong dua, belacan, gula dan garam. Kemudian kisar seperti biasa.
  3. Bila dah siap kisar, tuang ke dalam mangkuk. Mayang atau potong dadu 2 biji baki bawang merah. Separuh tomato yang berbaki tadi dipotong mengikut bentuk dadu. Baki separuh cili merah dan cili api dihiris halus. Satukan semua bahan ini dalam mangkuk tadi. Gaulkan supaya bercampur aduk semuanya. Kemudian, perahkan limau kasturi. Kulitnya masukkan sekali.
  4. Rasa duhulu. Jika agak kurang masin boleh tambah garam. Jika kurang rasa manisnya, boleh tambah gula. Kemudian kacau sehingga gula atau garam cair. Kalau kurang air boleh tambah sikit. Kombinasi rasanya mesti ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Kalau kurang masamnya tambahlah lagi perahan limau kasturi.
  5. Kalau air asam ni nak dijadikan macam air asam utara tambahlah dengan 1 sudu besar kerisik kemudian gaul rata. Jadilah ia air asam utara.
  6. Kalau nak tambah bunga kantan pun boleh. Hiris halus kemudian campur dan gaul sebati.
  7. Bahan-bahan yang kita kisar tadilah yang membuatkan air asam ini menjadi pekat. Kalau tidak dikisar, ia akan kelihatan cair dan tidak menyelerakan.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: