Rise To Power ialah sebuah filem spin-off terbaru KL Gangster Underworld. Ia akan ditayangkan secara percuma di iflix pada 19 September 2019.

Filem ini menggabungkan nama-nama terunggul dalam industri dari Skop Productions (Munafik 2, Abang Long Fadil 2, Evolusi KL Drift 2 dan KL Gangster), bersama pengarah terkemuka Faisal Ishak dan Syafiq Yusof, yang memimpin produksi KL Gangster Underworld Musim 1.

Peminat-peminat KL Gangster Underworld pasti akan teruja dengan kembalinya watak seperti Zan (Hasnul Rahmat), Tauke (Azhan Rani), Shah (Beto Kusyairy), Adi (Zahiril Adzim), dan Belut (Amerul Affendi), di samping “King” dari filem KL Gangster (2001) yang dilakonkan oleh pelakon veteran Ridzuan Hashim. Filem ini juga memperkenalkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh Elvis Chin, Tony Eusoff (Saloma) dan Sharifah Sakinah (Girlfriend Aku Dari Neraka The Series).

Selaras dengan misi iflix dalam menghiburkan para penonton, dengan streaming kandungan tempatan premium, Rise to Power dikatakan bakal menutup jurang antara pelancaran KL Gangster Underworld Musim 1 dan Musim 2 (yang bakal bermula penggambaran pada bulan November) yang dijangka bakal dilancarkan pada tahun 2020.

“Filem ini sememangnya unik dengan adanya watak utama wanita yang kuat dan kejam, di samping memaparkan aksi dan pergelutan yang membuatkan francais KL Gangster Underworld menjadi kegemaran peminat”

Info Rise To Power

  • Tarikh Tayangan: 19 September 2019
  • Pengarah: Faisal Ishak dan Syafiq Yusof
  • Produksi: Skop Productions & iflix
  • Senarai Pelakon: Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Elvin Chin, Tony Eusoff, Ridzuan Hashim, Sharifah Sakinah, Sabrina Ali, Beto Kushairy, Amerul Affendi, Zahiril Adzim, Azhan Rania

Watak Pelakon Rise To Power

  • Dynas Mokhtar sebagai Madam Wong (May)
  • Hasnul Rahmat sebagai Ayah Zan
  • Azhan Rani sebagai Tauke
  • Beto Kusyairy sebagai Shah
  • Zahiril Adzim sebagai Adi
  • Amerul Affendi sebagai Belut
  • Ridzuan Hashim sebagai King

Sinopsis Rise To Power

Kisah sebelum Ayah Zan dan Madam Wong menjadi nama besar dunia KL Gangster Underworld (KLGU). Saksikan perebutan kuasa yang mengubah konco menjadi ketua geng dan keluarga menjadi empayar.

Menceritakan watak Madam Wong, satu-satunya wanita yang mengetuai geng KL bangkit berkuasa dengan kelicikan, keberanian dan kekerasan.

Dalam penceritaan masa silam tentang perjuangannya, May Wong menentang tradisi patriarki dalam keluarganya sambil merancang jalannya untuk menaiki takhta, tanpa sebarang belas kasihan.

Tonton KL Gangster Free

Peminat boleh menonton francais KL Gangster yang lengkap di iflix dengan percuma seperti di bawah.