Langgan newsletter kami!
Hantu Penunjuk Jalan

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan (TV3)

Sebuah lagi telefilem khas sempena Hari Raya berjudul ‘Hantu Penunjuk Jalan‘ akan disiarkan pada Raya ke-2, jam 4.00 petang di TV3. Telefilem ini dibintangi oleh Izzue Islam dan Bella Dally. Ia diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Layar Consult Sdn Bhd. Jadi jangan lupa untuk menyaksikannya nanti di kaca TV anda.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 25 Mei 2020 (Raya Ke-2)
  • Waktu Siaran: 4:00 petang
  • Stesen TV: TV3
  • Penulis Skrip : Shahnas Putra & Team Cakerawala Seni
  • Pengarah: Kyoll Hamzah
  • Prosuksi: Layar Consult Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Izzue Islam, Bella Dally, Faiz Tapaw, Shashaa Raman, Razzuan Rosli

Sinopsis Hantu Penunjuk Jalan

Kampung Naga Kapitan dikenali sebagai sebuah kampung yang misteri kerana ia hanya dapat dikesan dengan alat pengesan lokasi Antoo GPS. Tidak pernah ada orang yang terselamat setelah masuk ke kampung itu. Lin, seorang social media influencer yang popular bercadang untuk membuat ulasan tentang kampung tersebut. Di situ, Lin telah bertemu dengan seorang pemandu e-hailing, Jay yang telah sesat jalan selepas menghantar penumpangnya. Dalam usaha untuk meninggalkan kawasan kampung itu, cinta mula berputik di antara Lin dan Jay.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: