Langgan newsletter kami!
Drama Ironi Kasih TV3

Tonton Drama Ironi Kasih (Episod Penuh)

Tonton drama ‘Ironi Kasih‘ yang ditayangkan melalui TV3 di sini. Ironi Kasih adalah sebuah drama bersiri sebanyak 15 episod yang ditayangkan melalui Slot Akasia TV3 bermula 2 April hingga 22 April 2020 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 hingga 8.00 malam. Drama ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh produksi Wira Nusa Production Sdn Bhd.

Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Syafi Tee DFKL, Sarah Malisa DFKL, Ogy Ahmad Daud dan Nazia Mustafa.

Drama ini mengisahkan tentang watak Kasih (lakonan Intan Najuwa) yang pada awalnya bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan (lakonan Aqasha). Dia telah digaji untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia (lakonan Intan Ladyana). Kasih menjalankan tugasnya dengan baik dan mereka menjadi semakin mesra. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka.

Namun begitu, hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh. Johan yang merasa tercabar terus menceraikan Emilia. Rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas penceraian itu. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya? Untuk maklumat lanjut mengenai drama ini seperti watak pelakon, sinopsis drama dan sebagainya, boleh rujuk artikel sebelumnya berkaitan Ironi Kasih.

Tonton Drama Melayu: Ironi Kasih (Full Episode)

Sila klik link di bawah untuk menonton. Kualiti video adalah dalam format HD (720p) dan Full HD (1080p), bergantung kepada kelajuan Internet anda. Link akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi, jangan lupa tekan ‘Ctrl-D’ untuk bookmark page ini!

Selamat menonton!

Penafian: Pihak kami tidak memuatnaik atau menghos video-video di atas. Kami hanya membuat pautan ke atas video-video sedia ada yang diterbitkan untuk tontonan awam di Youtube atau mana-mana laman penyedia video / streaming.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: