Langgan newsletter kami!
Drama Dia Yang Ku Cinta TV3 (Poster)

Tonton Drama Online: Dia Yang Ku Cinta (Episod Penuh)

Tonton drama melayu online berjudul Dia Yang Ku Cinta di sini. Ia adalah sebuah drama bersiri sebanyak 15 episod yang ditayangkan di TV3 bermula 26 November 2019. Drama yang menggantikan drama Sara Sajeeda ini diterbitkan oleh produksi A. Aida Production.

Drama hasil adaptasi novel karya Indah Hairani ini diarahkan oleh Along Kamaluddin dan dibintangi oleh pelakon baharu Syerinie Myra, Sharnaaz Ahmad dan Luqman Hafidz.

Ia mengisahkan tentang Cempaka Amna dan adiknya, Iman Idham yang terpaksa berpindah ke rumah bapa tiri mereka, Tuan Khalid setelah kematian ibu. Namun isteri Tuan Khalid, Puan Marhanna dan Lara Andrew (anak Marhanna) menyimpan rasa benci yang mendalam pada Cempaka Amna.

Abang kepada Lara Andrew, iaitu Hafidz Andrew pula bagaimanapun bersikap sebaliknya, malah dalam diam menaruh hati terhadap Cempaka Amna. Cempaka Amna yang tidak tahan dengan kebencian melampau Puan Marhanna dan Lara Andrew, akhirnya bertindak melarikan diri daripada rumah.

Cempaka Amna kemudiannya bertemu Luqman, seorang jurutera yang memberi ruang kebahagiaan dalam hidupnya, namun dalam masa sama dia turut terikat dengan cinta Hafidz Andrew.

Untuk maklumat lanjut mengenai drama ini seperti watak pelakon, sinopsis drama dan sebagainya, sila klik sini.

Tonton Drama Dia Yang Ku Cinta (Full Episode)

Sila klik link di bawah untuk menonton melalui Youtube. Kualiti video adalah dalam format HD (720p / 1080p), bergantung kepada kelajuan Internet anda.

Link akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi, jangan lupa tekan Ctrl-D untuk bookmark page ini!

Selamat menonton dan semoga anda terhibur.

Penafian: Pihak kami tidak memuatnaik atau menghos video-video di atas. Kami hanya membuat pautan ke atas video-video sedia ada yang diterbitkan untuk tontonan awam di Youtube atau mana-mana laman penyedia video / streaming.

 

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: