Langgan newsletter kami!
Abdul Latif Romly Atlet Paralimpik Malaysia

Biodata Abdul Latif Romly, Atlet Paralimpik Pertama Bergelar Olahragawan Kebangsaan

Biodata Abdul Latif Romly. Tahniah diucapkan buat atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly kerana dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2016 sempena Anugerah Sukan Negara (ASN) 2016 yang telah berlangsung pada 26 April 2017 lalu.

Menariknya, anak jati Perlis ini merupakan atlet paralimpik kebangsaan yang pertama memenangi anugerah sukan paling berprestij berkenaan sejak anugerah tersebut diperkenalkan pada tahun 1966.

Paling manis, anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Jom kita berkenalan dengan olahragawan hebat ini.

Biodata Abdul Latif Romly

  • Nama Penuh: Abdul Latif Bin Romly
  • Nama Komersil: Abdul Latif Romly/Latif
  • Tarikh Lahir: 31 March 1997
  • Umur: 20 Tahun (2017)
  • Zodiak: Aries
  • Keluarga: Anak bongsu dari tujuh adik-beradik
  • Asal: Kampung Paya Kelubi, Arau, Perlis
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Atlet Paralimpik Malaysia
  • Kelas Kecacatan: F20 (Masalah Pembelajaran)
  • Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Seri Tanjong di Beseri, Sekolah Menengah Syed Alwi di Kangar dan Majlis Sukan Negara (MSN).
  • Facebook: facebook.com/latik.romli
  • Instagram: instagram.com/latifromly
  • Wikipedia: en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Latif_Romly

Trivia Menarik Abdul Latif Romly

  1. Tidak mengalami sebarang kecacatan secara fizikal, namun Latif menghidap ketidakupayaan intelektual (masalah pembelajaran) yang turut dikategorikan sebagai kurang upaya.
  2. Boleh membaca ketika berumur 15 tahun.
  3. Walaupun lemah dalam pelajaran, Latif sangat aktif di dalam sukan sejak dibangku sekolah sehingga dipilih mewakili Perlis di Sukma 2014.
  4. Atlet hebat ini melakar sejarah sendiri apabila memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh T20 pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil. Malah, Latif juga memecahkan tiga rekod dunia dalam satu hari apabila melakukan lompatan 7.47 m diikuti dengan 7.54 meter sebelum menamatkan dengan jarak 7.60 meter untuk memadam rekod lama dunia, 7.35 meter.
  5. #terbanglatifterbang menjadi trending di media-media sosial selepas kejayaan Latif di Brazil.
  6. Atas kejayaan di Brazil, Latif turut mendapat hadiah penerbangan percuma seumur hidup daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.
  7. Beliau turut berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat jauh pada Kejohanan Sukan Para Asia 2014, ASEAN Para Games 2015, Kejohanan Dunia Olahraga IPC 2015 dan Paralimpiad Sukma Sarawak 2016.
  8. Pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016, Latif berjaya menewaskan atlet normal untuk meraih pingat emas serta mencatat rekod dunia yang baharu (7.46 meter).
  9. Mempunyai hampir 30,000 pengikut di Instagram miliknya.

Abdul Latif Romly Bersama Rakan Baik

Abdul Latif Romly Menjalani Latihan

Abdul Latif Romly Swafoto Bersama Peminat

Fesyen Kasual Abdul Latif Romly

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: