Biodata Alvin Chong, Pelakon Drama Melayu Berbangsa Cina

Alvin Chong Photo

Kemunculan menerusi drama rantaian Suri Hati Mr Pilot yang disiarkan di Astro Ria 104 telah membuka ruang populariti yang cukup besar buat pelakon kacak, Alvin Chong. Sejak itu, namanya mula mekar mewangi dan meniti di bibir peminat drama Melayu.

Biarpun masih hijau dalam bidang lakonan, figura itu tidak kekok menimba ilmu dengan pelakon-pelakon senior bagi memantapkan lagi mutu lakonannya di masa depan.

Untuk pengetahuan pembaca, Alvin merupakan seorang penyanyi sebelum terjun ke arena lakonan. Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan lebih dekat dengan jejaka kelahiran Pulau Pinang berkenaan. Check it out!

 

Biodata Alvin Chong

  • Nama Penuh: Alvin Chean Wah Chong
  • Nama Komersil: Alvin Chong/ Alvin
  • Tarikh Lahir: 23 Januari 1991
  • Umur: 26 tahun(2017)
  • Asal: George Town, Pulau Pinang
  • Keluarga: Anak pertama daripada tiga adik-beradik
  • Agama: Kristian
  • Bangsa: Cina
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Model dan Ahli Perniagaan
  • Single:  Lagu Mu, Perfect, Don’t Ask Me Why, OH!, Born This Way, dan beberapa lagu Mandarin
  • Drama/Filem: Dia Semanis Honey, Suri Hati Mr Pilot, Once Upon A Time, 3 Brothers & The Dreams Boyz, Awak Suka Saya Tak
  • Label Pengurusan: E Studios Management
  • Facebook: https://www.facebook.com/alvinchong123
  • Twitter: https://twitter.com/Alvinchong123
  • Instagram: https://www.instagram.com/alvinchong123

 

Trivia Menarik Alvin Chong

  1. Lahir daripada program realiti nyanyian, Astro Star Quest (ASQ) 2009.
  2. Dia Semanis Honey merupakan drama Melayu pertamanya.
  3. Memulakan karier nyanyian sejak 2012 dan mempunyai 10 buah lagu dalam bahasa Mandarin.
  4. Single Melayu pertamanya, Lagu Mu ciptaan Omar K merupakan lagu runut bunyi (OST) drama Suri Hati Mr Pilot.
  5. Setakat ini, mempunyai lebih 200,000 followers di Instagram dan 37,000 di Twitter miliknya.
  6. Mengeluarkan minyak wangi jenama sendiri iaitu Dr. Love Fragrance pada penghujung tahun 2016.
  7. Akan membuka bisnes kedai kucing bersama kawannya di Petaling Jaya Februari 2017 nanti.
  8. Sangat meminati lakonan Datuk Rosyam Nor.

Gambar Handsome Alvin Chong

Alvin Chong Photo

Alvin Chong Dan Neelofa

Alvin Chong Dan Pelakon Idola Rosyam Nor

Babak Kelakar Alvin Chong Dan Micheal Ang

Alvin Chong Berbaju Melayu Dan Bersongkok

Alvin Chong Dan Fattah Amin Dalam Suri Hati Mr Pilot

Alvin Chong Dan Kucing Comel Kesayangan


Carian Berkaitan

biodata alvin chong, alvin chong biodata, alvin chong biodata penuh, agama alvin chong

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Alvin Chong #Alvin Chong Profile #Biodata Alvin Chong #Suri Hati Mr Pilot

Biodata Cherpen Band, Kini Popular Dengan Lagu Pasti
Cherpen Band adalah kumpulan muzik yang sudah agak lama bertapak dalam industri seni
Biodata Treehill, Band Yang Popular Dengan Lagu Terbang
Band Treehill yang kini popular dengan lagu berjudul ‘Terbang‘ ditubuhkan pada Disember 2014. Kini
Biodata Riena Diana, Pelakon Cantik Finalis DFKL 2017
Siapakah sebenarnya pelakon cantik bernama Riena Diana ini? Kelibat gadis ini mula mencuri perhatian
Biodata Adam Lee, Sepupu Janna Nick
Adam Lee, satu nama yang masih baru dalam industri seni tanahair. Pelakon muda

Leave a reply "Biodata Alvin Chong, Pelakon Drama Melayu Berbangsa Cina"