Kesalahan Basic Solat Berjemaah Yang Ramai Tak Tahu

Solat Jemaah

Berikut adalah perkara basic dan kesalahan dalam solat berjemaah yang sebenarnya ramai orang masih tak tahu.

  1. Kalau Imam bangun (terlebih rakaat), jangan ikut. Siapa ikut akan batal solat. Bilangan rakaat solat dah tetap tak boleh tambah dengan sengaja melainkan terlupa.
  2. Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai-pandai suruh Imam duduk semula. Kalau imam duduk, maka batal solat dia (Mazhab Syafie).

Sedikit cerita dan pengalaman sebenar sebagai panduan

  1. Ada solat kat satu masjid baru-baru ini, Imam terlupa duduk tahiyat awal. Beliau terus berdiri tegak. Kemudian punyalah ramai jemaah belakangnya tegur ‘Subhanallah’ (sambil duduk tahiyat awal). Aku yang dah berdiri ni harap sangat janganlah Imam pergi duduk semula. Tiba-tiba Imam turun pergi duduk balik. Terpaksa Mufarraqah (berpisah dari imam).
  2. Pernah berhenti solat kat satu surau waktu Zohor, dah rakaat ketiga. Tiba-tiba Imam terbatal ketika duduk antara dua sujud (kentut yang berbunyi). Semua jemaah bubar dan batalkan solat tersebut. Sepatutnya, orang belakang imam tu ambil alih jadi imam dengan kuatkan suara. Boleh langkah ke depan selangkah bila berdiri.
  3. Ketika Solat Asar kat masjid kampung sendiri tahun lepas. Imam terus berdiri selepas rakaat ke 4. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu dah masuk rakaat yang ke-5. Imam tu sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut dengan tahu/sedar, semua batal solat. Tiada solat Asar 5 rakaat. Kita ada 2 pilihan saja, Mufaraqah (berpisah dari imam dan terus bagi salam) atau tunggu Imam kat Tahiyat akhir dan bagi salam bersama-sama.

Sebab itu dalam hadis ada sebut, orang yang belakang Imam tu kena yang paling baik ilmu agamanya. Supaya tahu nak buat apa untuk gantikan Imam bila diperlukan.

Ini adalah ilmu yang kita semua kena belajar lebih dari ilmu lain. Belajar solat ni tak sampai setengah hari pun. Tapi ilmu tu kekal sampai kita mati.

Wallahua’lam.

Sumber Acaii Jawe

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Arak dan Alkohol Dari Perspektif Hukum Islam
Perbezaan Arak dan Alkohol Tidak dinafikan bahawa alkohol atau lebih tepatnya, etanol adalah
Hibah: Harta Bercagar Atau Satu Perogolan Ilmu?
Ini dakwaan sesetengah pihak. Menurut pihak ini hanya harta yang bebas dari cagaran
Niat Solat 5 Waktu dan Solat Jumaat
Setiap solat atau sembahyang yang hendak dilakukan perlu dimulakan dengan niat tak kira
Hukum Puasa Sunat Jumaat Sahaja – Adakah Perlu Diiringi Puasa Khamis Atau Sabtu?
Memandangkan Ramadhan sudah berakhir, pasti ramai di antara kita yang ingin berpuasa sunat

Leave a reply "Kesalahan Basic Solat Berjemaah Yang Ramai Tak Tahu"