Langgan newsletter kami!
Mekah Pasca Penghentian Sementara Ibadah Umrah AFP 1

Haji Ifrad, Haji Tamattuk & Haji Qiran

Musim haji hampir tiba. Setelah dua tahun umat Islam ditahan daripada melaksanakan ibadah ini akibat pandemik Covid-19, kini ianya dibuka kembali untuk jemaah dari seluruh dunia. Berikut adalah jenis haji dan cara melaksanakan ibadah haji.

Haji Ifrad

Haji ifrad bermaksud mengerjakan ibadat haji dan umrah secara berasingan, sama ada melakukan umrah sebelum masuk bulan haji atau mengerjakan haji dahulu kemudian diikuti dengan umrah. Perkataan ifrad bererti menyendirikan. Ertinya, seseorang melaksanakan ibadah haji saja tanpa melaksanakan umrah. Orang yang melaksanakan haji jenis ini tidak dikenakan dam dan dapat dilaksanakan dengan cara, iaitu:

  • Pertama, melaksanakan haji saja (tanpa melaksanakan umrah)
  • Kedua, melaksanakan haji dulu, lalu melaksanakan umrah setelah selesai berhaji.

Kebaikan ataupun kelebihan mengerjakan haji ifrad adalah ianya lebih afdal, namun jemaah perlu mengambil masa yang panjang untuk mengerjakan haji. Di samping itu, dengan mengerjakan haji ifrad, jemaah tidak akan dikenakan dam.

Haji Tamattuk

Haji tamattuk bermaksud mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji. Perkataan tamattuk bermaksud berseronok. Iaitu jemaah akan mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan-bulan haji, kemudian bertahallul, kemudian masuk haji dari Mekah atau sekitarnya pada 8 atau 9 Zulhijjah tanpa perlu kembali dari miqat asal. Semasa tahallul, jemaah boleh ‘berseronok’ kerana tidak berihram dan tidak dilarang ihram tetapi dikenakan dam.

Kebaikan ataupun kelebihan mengerjakan haji tamattuk ialah ianya dapat memberi kelapangan dan keselesaan kepada jemaah haji dalam mengerjakan ibadat haji. Ini kerana jemaah haji boleh meninggalkan ihram dengan segera. Walaubagaimanapun, dengan mengerjakan haji tamattuk, jemaah akan dikenakan dam.

Haji Qiran

Haji qiran bermaksud mengerjakan ibadat haji dan umrah secara serentak. Kata qiran bererti berteman atau bersamaan. Maksudnya, orang yang melaksanakan haji dan umrah secara bersamaan dengan sekali niat untuk dua pekerjaan, tetapi diharuskan membayar dam (denda).

Kebaikan ataupun kelebihan mengerjakan haji qiran ialah ianya dapat memberi kesenangan dan kemudahan kepada jemaah haji yang mana ia mengambil masa yang singkat untuk mengerjakan haji dan umrah. Seperti juga haji tamattuk, dengan mengerjakan haji qiran jemaah akan dikenakan dam.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: