Maksud Sebenar Duyufurrahman

Makkah Kaabah View

Alhamdulillah kini kita telah tiba pada musim haji sekali lagi dan syukur tidak terhingga jika anda adalah salah seorang yang terpilih. Ibadah haji adalah puncak bagi segala ibadah. Melaksanakan haji adalah impian setiap umat Islam kerana ganjaran besar yang dijanjikan oleh Allah SWT. Ia juga merupakan satu-satunya ibadah yang sarat dengan pelajaran dan pengajaran yang dapat diraih bagi seorang Muslim yang melakukannya. Begitu istimewa ibadah ini sehinggakan orang yang melaksanakannya dinamakan dengan gelaran Duyufurrahman.

Mesej Tetamu Bakal Mengerjakan Haji

Erti Duyufurrahman

Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan duyufurrahman? Duyufurrahman bermaksud tetamu Allah. Ia adalah ungkapan yang diberikan kepada jemaah yang bakal mengerjakan ibadah haji. Para jemaah yang terpilih adalah dalam kalangan ribuan, malahan jutaan orang yang ingin menjejakkan kaki ke bumi Baitullah.

“Haji mabrur tidak ada balasan yang pantas bagi seseorang Muslim selain syurga”
(Hadis Riwayat Bukhari no. 1773)

Memang benar ganjaran yang paling layak bagi duyufurrahman adalah syurga. Tetapi jaminan ini adalah untuk mereka yang beroleh haji mabrur. Dengan hanya selesai melaksanakan rukun Islam yang kelima bukanlah jaminan untuk masuk ke syurga.

Sebelum berangkat, bakal haji perlu membuat persediaan secukupnya dari aspek ilmu, mental, spiritual dan fizikal supaya dapat menyempurnakan ibadah dengan lengkap serta berada di sana dalam keadaan sihat, selesa dan selamat.

Sebelum berangkat, jemaah haji seharusnya telah mempelajari ilmu-ilmu ibadah haji dengan menghadiri kursus-kursus haji anjuran Tabung Haji bagi jemaah Malaysia. Kursus-kursus yang diadakan bertujuan untuk memberi suatu gambaran jelas tentang bagaimana cara untuk melakukan ibadat haji seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Kefahaman ibadat haji sangat penting kerana ia akan menjadi asas pergerakan jemaah di Tanah Suci dan panduan ke arah haji yang mabrur.

Menyedari peluang keemasan ini, kehadiran di Tanah Suci ini harus diisi dengan penumpuan kepada ibadah yang didasarkan dengan peradaban sebagai tetamu kepada Yang Maha Kuasa. Semoga dengan ibadah ini dapat merubah kita semua menjadi insan yang lebih soleh yang dapat memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara yang dicintai.

Semoga dianugerahkan Allah SWT dengan haji mabrur.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Berhati-hati Dengan Penipuan di Mekah & Madinah
Buat jemaah yang bakal mengerjakan haji dan umrah di tanah suci Mekah dan
Contoh Ucapan Sanah Helwah (Selamat Hari Lahir)
Mengucapkan sanah helwah bererti mendoakan seseorang itu perkara yang baik-baik sempena hari kelahirannya.
Maksud Sayyidul Ayyam, Hari Jumaat Penghulu Segala Hari
Assalamualaikum. Selamat pagi buat para pembaca sekalian. Salam Sayyidul Ayyam. Alhamdulillah kita masih
Kisah Dapat Tawaran Haji Tapi Duit Simpanan Hanya Ada 6k Saja
Duit simpanan hanya ada RM6,000 tapi boleh pergi haji? Inilah kisah saya.. Saat

Leave a reply "Maksud Sebenar Duyufurrahman"