Panduan dan Cara Solat Istikharah Yang Mudah

Solat Pada Waktu Malam

Panduan Solat Istikharah. Selain pemilihan dalam soal jodoh atau berpasangan, solat sunat istikharah juga membantu kita untuk membuat pilihan dalam segala aspek kehidupan, antaranya pekerjaan, menyambung pengajian, atau apa jua yang berkait dengan masa depan.

Sebenarnya dalam kehidupan kita tidak lari dari membuat pilihan dalam apa jua perbuatan yang kita lakukan. Bangun tidur saja, kita pasti membuat pilihan sama ada ingin terus bangun dari tidur, atau menyambung tidur.. Itu juga satu pilihan.

Namun, dalam soal pemilihan yang serius iaitu yang berkait dengan masa depan, sebaiknya dilakukan solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk dari Allah SWT terhadap perancangan yang masih diragukan sama ada untuk kepentingan peribadi atau umum.

Timbul persoalan, bagaimana untuk melaksanakan solat sunat istikharah? Bilakah waktu yang sesuai untuk melaksanakannya? Apakah persediaan sebelum melaksanakan solat ini? Berikut jawapannya.

 

Waktu Perlaksanaan Solat Sunat Istikharah

Solat sunat ini boleh dilaksanakan bila-bila masa sama ada pada waktu siang atau malam. Tetapi, lebih afdal (lebih baik) dilaksanakan pada 1/3 malam (sekitar jam 2 pagi), kerana waktu ini lebih aman dan tenang.

 

Persediaan Sebelum Solat Sunat Istikharah

Sebelum melaksanakan solat sunat istikharah, sebaiknya hati kita bersih atau neutral dari sebarang pilihan, iaitu tidak memihak kepada yang satu atau membenci yang lain. Hal ini supaya pilihan yang muncul akan datang itu, bukan dari diri kita sendiri yang akhirnya membawa kepada kekecewaan.

 

Tatacara Perlaksanaan Solat Sunat Istikharah

  1. Niat solat.

    “Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

  2. Rakaat pertama – Baca al-Fatihah dan surah al-Kafirun (1 kali) atau ganti dengan ayat al-Kursi (7 kali).
  3. Rakaat kedua – Baca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas (1 kali @ 11 kali).
  4. Dalam sujud terakhir, baca tasbih sebanyak 40 kali;

    Bacaan Tasbih Ketika Sujud Dalam Solat Istikharah
    “Maha Suci Engkau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Engkau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

  1. Selepas membaca tasbih tersebut, mohonlah kepada Allah SWT (doa dalam hati) supaya ditunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
  2. Bangun dari sujud dan memberi salam.
  3. Setelah itu, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
  4. Membaca doa solat sunat istikharah.

Doa Selepas Solat Istikharah

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan…) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan…) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”

 (**sebutkan urusan yang dimaksudkan itu di tempat yang bertitik)

 

  1. Ulangi doa tersebut sebanyak 3 kali dan sebutkan permintaan yang ingin diminta petunjuk oleh Allah SWT.
  2. Serahkan segala urusan tersebut kepada Allah SWT.
  3. Lakukan solat sunat ini 3 atau 7 hari berturut-turut mengikut kepentingannya. InsyaAllah, diberikan kecenderungan atau gerak hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Sebagai kesimpulannya, solat sunat istikharah adalah salah satu solat sunat yang dapat membantu dan memberi petunjuk seseorang membuat keputusan di dalam hidup. Semoga anda membuat pilihan yang tepat dan mendapat manfaat darinya. Wallahua’lam.

Marina

Berpendidikan agama dari UNISZA dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang beliau ada untuk manfaat komuniti.

More Posts


Artikel Berkaitan

Tags: #agama #doa melihat jodoh #istikharah #petunjuk istikharah #pilihan #tatacara

Panduan Lengkap Solat Tahajud
Apa Itu Solat Tahajud (Tahajjud) Solat Tahajud adalah salah satu amalan sunnah yang
Amalan Sunnah Menyambut Bayi Baru Lahir
“Alhamdulillah, terima kasih Allah”. Ucapan tersebut adalah biasa bagi mereka yang melalui pengalaman
Bacaan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW
“Ya Hanana.. Ya Hanana.. Ya Hanana” Tiga orang kanak-kanak lelaki sedang asyik mendendangkan
Apa Maksud Tabayyun
Maksud Tabayyun Perkataan tabayyun ini diambil dari bahasa Arab. Ia merupakan fiil amr

Leave a reply "Panduan dan Cara Solat Istikharah Yang Mudah"