Panduan Lengkap Solat Tahajud

Solat Pada Waktu Malam

Apa Itu Solat Tahajud (Tahajjud)

Solat Tahajud adalah salah satu amalan sunnah yang paling digalakkan oleh Rasulullah SAW. Boleh dikatakan tidak ada malam yang dilewati Baginda tanpa sholat tahajud di dalamnya. Seharusnya kita sebagai umat di akhir zaman menjadikan solat tahajud ini sebagai ibadah rutin harian.

Jadi apakah pengertian Solat Tahajud? Solat Tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam iaitu minimum sebanyak 2 rakaat dan tiada jumlah had maksimum. Jadi lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

 

Waktu Solat Tahajud

Waktu untuk melakukan Solat Tahajud adalah apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Waktunya adalah bermula dari waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan ketika satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga masuk waktu Subuh.

 

Hukum Solat Tahajud

Hukum melaksanakan solat tahajud adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan dan jarang sekali ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.

 

Tatacara Solat Tahajud

1. Niat Solat Tahajud

أُصَلِّي سُنّةَ التَهَجُدِ رَكْعَتَيْنِ ِللَهِ تَعَاليَ

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Tahajud dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Bacaan Solat Tahajud

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

  • Rakaat Pertama: Membaca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun
  • Rakaat Kedua: Membaca surah al- Fatihah dan surah al-Ikhlas

 

Ringkasan Cara Mengerjakan Solat Tahajud

1. Rakaat Pertama

  1. Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat tahajud
  2. Takbiratul Ihram
  3. Doa Iftitah
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Membaca surah al-Quran
  6. Rukuk
  7. Iktidal
  8. Sujud
  9. Duduk antara dua sujud
  10. Sujud kali kedua
  11. Bangun untuk rakaat kedua

2. Rakaat Kedua

  1. Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
  2. Duduk untuk tahiyyat akhir
  3. Membaca tahiyyat akhir
  4. Memberi salam

 

Doa Selepas Solat Tahajud

Bacalah doa ini selepas anda selesai solat tahajud

Doa Selepas Solat Tahajud

Maksudnya:
“Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Sumber: Panduan Qiamullail, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Carian Berkaitan

cara solat tahajud ustaz don, cara solat tahajud, cara solat tahajud ustaz don rumi

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara sholat tahajud #cara solat tahajjud #panduan mengerjakan sembahyang sunat tahajud #panduan ringkas solat tahajud

Doa Pendekat Jodoh Dari Surah Yusuf
Anda masih bujang? Masih mencari pasangan hidup yang terbaik? Amalkan Doa Pendekat Jodoh
Doa Pembuka Majlis
Doa di bawah adalah antara contoh doa yang boleh digunakan untuk pembukaan sesuatu
Doa Majlis Perpisahan dan Pertukaran Guru
Perpisahan dan pertukaran adalah lumrah dalam kerjaya seorang guru. Ada berpisah kerana naik
Bacaan Doa Selepas Solat Beserta Terjemahannya
Doa Selepas Solat. Sesungguhnya memohon doa selepas selesai menunaikan sembahyang fardhu adalah termasuk