Senarai Sunnah Rasulullah SAW Dalam Kehidupan Seharian

MUHAMMAD Vista Background

Umat Islam adalah umat yang paling beruntung berbanding yang lain. Ini kerana segala perkara yang dilakukan dan apa jua yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka sudah pun mempunyai ‘sistemnya tersendiri’. Hanya perlu follow sahaja sistem tersebut insyaAllah, selamat dunia dan akhirat. Apakah sistem tersebut? Itulah al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Seperti sedia maklum, al-Quran merupakan panduan utama bagi umat Islam dalam  melayari alam kehidupan di dunia ini. Di dalamnya terkandung pelbagai syariat, hukum-hakam, peristiwa zaman lampau dan banyak lagi. Manakala sunnah pula adalah segala perbuatan, percakapan serta pengakuan daripada Rasulullah SAW yang dijadikan sebagai pelengkap dalam kehidupan umat Islam.

Berikut merupakan beberapa sunnah Rasullah SAW yang amat mudah, ringkas dan sangat simple untuk dilakukan. Antaranya seperti berikut;

Sunnah Rasulullah SAW – Tidur

  1. Sebelum tidur ambil wuduk.
  2. Maafkan semua kesalahan orang lain dan halalkan hutang-piutang.
  3. Mengibaskan tempat tidur.
  4. Tidur mengiring sebelah kanan dan kepala menghadap kiblat.
  5. Membaca doa tidur.
  6. Jika mimpi baik, bangun dan berdoa serta bersyukur.
  7. Jika mimpi buruk, bangun buat  isyarat ludah ke kiri dan berdoa agar dijauhkan.
  8. Bangun tidur baca doa atau ucapkan syukur.
  9. Mengemas tempat tidur.
  10. Membersihkan diri setelah bangun tidur.

Sunnah Rasulullah SAW – Masuk dan Keluar Tandas

  1. Membaca doa masuk dan keluar dari tandas.
  2. Masuk tandas dengan menggunakan kaki kiri dan keluar dari tandas dengan kaki kanan.
  3. Tutup kepala apabila masuk ke tandas.
  4. Masuk tandas pakai alas kaki/selipar.
  5. Buang air dengan cara duduk/mencangkung.
  6. Tidak berlama-lama dalam tandas.
  7. Tidak makan atau minum dalam tandas.

Sunnah Rasulullah SAW – Memakai Pakaian

  1. Baca bismillah sebelum memakai baju atau membaca doa ringkas; “Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari pakaian ini.” 
  2. Mulakan dengan sebelah kanan.
  3. Tidak memakai pakaian dengan tujuan untuk riak atau menunjuk-nunjuk.
  4. Tidak memakai pakaian yang menyerupai simbol agama lain.

Sunnah Rasulullah SAW – Memasak

  1. Menutup aurat ketika memasak.
  2. Adun atau mengacau makanan bermula dari kanan ke kiri.
  3. Jangan membuka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika mengambil nasi atau air.
  4. Ketika sedang memasak, perbanyakkanlah untuk berzikir dan menyebut kebesaran Allah (amat baik untuk para ibu/bapa yang ingin membentuk anak-anak)

Sunnah Rasulullah SAW – Makan dan Minum

  1. Basuh tangan sebelum makan.
  2. Sebelum makan dan minum, jangan lupa membaca doa.
  3. Makan dan minum dengan tangan kanan.
  4. Hendaklah duduk.
  5. Makan buah terlebih dahulu, kemudian baru makan nasi/makanan berat.
  6. Makan secara berjemaah (beramai-ramai) kerana ianya lebih berkat.
  7. Ambil makanan yang lebih hampir dengan kita dan tidak mencapai makanan yang jauh.
  8. Mengambil pemakanan sunnah seperti madu, susu, barli, kurma, delima, buah tin, tembikai dan lain-lain.
  9. Makan bermula dari bahagian tepi kemudian tengah.
  10. Menghisap jari selepas makan (sunnah 3 jari)
  11. Membaca bismillah dan alhamdulillah setiap kali menyedut minuman.
  12. Tidak menggunkan cawan atau bekas makanan yang sudah pecah.
  13. Tidak meniup air yang panas untuk disejukkan.
  14. Tidak meminum air dalam bekas yang besar seperti jag air atau botol yang besar.

Sunnah Rasulullah SAW – Solat

  1. Datang awal ke masjid (sebaiknya sebelum azan dilaungkan).
  2. Berjalan kaki ke masjid kerana setiap langkah tersebut dikira ibadah.
  3. Berwuduk dari rumah.
  4. Baca doa sebelum masuk dan keluar dari masjid.
  5. Masuk ke masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.
  6. Masuk masjid, niat untuk beriktikaf (semua perkara yang dibuat untuk masjid dikira ibadah)

Sunnah Rasulullah SAW – Memasuki Rumah, Bangunan atau Premis

  1. Memakai selipar, kasut atau apa jua alas kaki dengan kaki kanan dan melepaskannya bermula dengan kaki kiri.
  2. Mengucapkan salam 3 kali apabila berkunjung ke rumah atau tempat orang. Selepas 3 kali jika tiada yang menyahut, lebih baik pulang.

Sunnah Rasulullah SAW – Marah

  1. Apabila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, apabila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah tersebut hilang.
  2. Apabila marah, ambillah wuduk.

Sunnah Rasulullah SAW – Hari Jumaat

  1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
  2. Memperbanyakkan doa antara imam berkhutbah hingga Asar.
  3. Mandi sunat Jumaat.
  4. Memakai pakaian terbaik untuk solat Jumaat.
  5. Memakai wangi-wangian.

Semoga perkongsian mengenai sunnah-sunnah Rasulullah SAW ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita seterusnya menjadi amalan secara berterusan. Mudah-mudahan, dengan cara ini dapat menambahkan kecintaan kita kepada Baginda Nabi SAW. Wallahua’lam.


Carian Berkaitan

sunnah kehidupan rasulullah, sunnah seharian

Marina

Berpendidikan agama dari UNISZA dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang beliau ada untuk manfaat komuniti.

More Posts

Loading...

Tags: #amalan sunnah #sunnah #sunnah nabi #sunnah rasulullah

Doa Majlis Perpisahan dan Pertukaran Guru
Perpisahan dan pertukaran adalah lumrah dalam kerjaya seorang guru. Ada berpisah kerana naik
Bacaan Doa Selepas Solat Beserta Terjemahannya
Doa Selepas Solat. Sesungguhnya memohon doa selepas selesai menunaikan sembahyang fardhu adalah termasuk
Biodata Imam Muda Asyraf, Pendakwah Bebas Popular
Biodata Imam Muda Asyraf | Selepas menjuarai program realiti islamik terbitan Astro Oasis
5 Program TV Berunsur Kerohanian Wajib Tonton Sepanjang Ramadhan
Memasuki bulan Ramadan, stesen-stesen televisyen di seluruh dunia termasuklah di Malaysia berlumba-lumba menayangkan

Leave a reply "Senarai Sunnah Rasulullah SAW Dalam Kehidupan Seharian"