Sultan Ismail Petra Mangkat

Sultan Ismail Petra (Kelantan)

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan jam 8.11 pagi ini, 28 September 2019.

Almarhum ialah ayahanda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Menurut laporan portal berita Astro Awani, berita kemangkatan Almarhum disahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob secara langsung di Astro Awani sebentar tadi.

Menurut Datuk Ahmad Yakob, jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir.

“Dijangka istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan” katanya dalam hantaran yang dibuat kira-kira pukul 9 pagi ini.

Susulan kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra, kerajaan negeri mengumumkan Ahad, 29 September dan Isnin, 30 September sebagai cuti peristiwa di Kelantan.

Almarhum baginda sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana mengalami strok pada 14 Mei 2009.

Kerajaan Negeri Kelantan melantik 10 pakar perubatan sebagai panel bagi memeriksa tahap kesihatan baginda.

Pada 25 Mei 2009, Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan ekoran Sultan Ismail Petra tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22a (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bahagian kedua.


Sumber: Astro Awani

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Lokasi dan Alamat UTC (Urban Transformation Centre) Seluruh Malaysia
UTC (Urban Transformation Center) atau Pusat Transformasi Bandar merupakan salah satu usaha dan
Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Online
Program Subsidi Petrol (PSP) telah diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2020 oleh
Perincian Program Subsidi Minyak Petrol (PSP) Bermula Januari 2020
Program Subsidi Petrol (PSP) telah dilancarkan oleh kerajaan dengan pelaksanaan akan dibuat bermula
Live Streaming Pembentangan Belanjawan 2020 Malaysia
Belanjawan 2020 ialah bajet ke-2 di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan. Intipati belanjawan

Leave a reply "Sultan Ismail Petra Mangkat"