Langgan newsletter kami!

7 Cara Mudah Hilangkan Hanyir Ikan

Bau hanyir pada ikan memang akan merencatkan masakan terutamanya ikan air tawar seperti ikan patin, talapia, siakap dan keli. Kali ini saya ingin berkongsi petua untuk menghilangkan bau hanyir ikan sekaligus mengurangkan lendir pada badannya. Berikut adalah bahan-bahan yang mudah didapati untuk menghilangkan bau hanyir ikan.

1. Garam

Setelah ikan siap disiang dibuang perut dan dibasuh. Ambil beberapa sudu garam dan gaulkan pada ikan. Teknik ini memang berkesan untuk mengurangkan bau, mematikan kuman dan menghilangkan lendir. Kelemahan pada teknik ini, kebiasannya rasa manis pada ikan akan berkurangan.

2. Asam Jawa

Setelah ikan siap disiang dan dipotong, basuh ikan sehingga bersih. Kemudian lumur ikan dengan asam jawa dan biarkan seketika. Selepas itu cuci ikan sehingga bersih. Cara ini memang berkesan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan.

3. Limau

Caranya adalah sama seperti asam jawa, cuma anda gantikan dengan limau nipis. Caranya ialah dengan memotong limau. Kemudian gosokkan limau yang telah dipotong tadi ke atas semua badan ikan sehingga bahagian dalaman ikan (bahagian perut yang telah kosong setelah dibuang). Gosok sehingga limau tinggal hampas.

4. Serbuk Kunyit atau Kari

Caranya ialah dengan melumur serbuk kunyit atau kari pada badan ikan (luaran dan dalaman). Tetapi disebabkan ia adalah dalam bentuk serbuk, pastikan ikan tersebut ditapis dan dibuangkan air supaya serbuk tadi tidak menjadi cair.

5. Tepung Gandum atau Tepung Jagung

Bancuhkan tepung dengan sedikit air tapi jangan terlalu cair. Kemudian lumurkan tepung tadi pada ikan dan pastikan tepung gandum/jagung kena pada semua bahagian ikan. Biarkan seketika dan selepas itu cuci dan bersihkan ikan tadi.

6. Daun Pisang

Ambil daun pisang yang dikoyak-koyakkan kemudian campur bersama garam kasar dan juga asam keping. Kesemua bahan tersebut dilumur pada ikan air tawar. Hasilnya sangat bagus untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir pada ikan.

7. Cuka Makanan

Selalunya teknik ini akan digunakan jika lendir pada ikan agak susah untuk dihilangkan selepas dicuci berulangkali. Teknik ini tidak memerlukan perapan yang lama. Hanya bilas ikan sekali lalu sahaja dengan cuka makanan. Sental dan kemudian terus basuh. Jangan biarkan ikan terkena cuka terlalu lama.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: