Langgan newsletter kami!

Kelebihan Bacaan dan Video Selawat Syifa

Dalam rawatan Islam, penggunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, Hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan kepada makhluk atau mensyirikkan Allah adalah diharuskan. Salah satu doa atau selawat bacaan dalam rawatan penyakit adalah Selawat Syifa’.

Kelebihan Selawat Syifa

1. Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
Baca 21x dan hembus dalam air. Minum air tersebut dan sapu di tempat yang sakit.

2. Merangsang minda kanak-kanak
Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka tidur. Boleh juga baca pada kismis dan beri anak makan sehari 3 biji.

3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
Baca 3 kali dan tarik nafas dalam2. Ulang sebanyak 3 kali. Boleh juga hembus perlahan2 pada orang yang sedang marah.

4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak dan memupuk rasa cinta di antara suami dan isteri.
Amalkan sebagai zikir ketika sedang menyapu rumah dan ketika memasak makanan untuk keluarga anda.

Selawat Syifa Dalam Rumi

Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin,
tibbil qulubi wa dawaaâ iha,
wa `afiyatil abdaani wa shifaaâ iha,
wa nuril absari wa diyaâ iha,
wa `ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik’ wa Sallim

Video Selawat Syifa’ (Berserta Rumi) oleh Kumpulan Hijjaz

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

WALLAHUALAM.

 

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: