Langgan newsletter kami!
Drama Jujurlah Nikahi Aku (Astro Ria)

Drama Jujurlah Nikahi Aku (Astro Ria)

Jujurlah Nikahi Aku adalah sebuah drama adaptasi novel karya Umie Nadzimah. Ia yang akan ditayangkan melalui Slot DramaVaganza di Astro Ria dan Ria HD. Drama ini akan bersiaran bermula 27 Januari 2020, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00-8.00 malam. Ia diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Dear Creative Media Sdn Bhd.

Drama ini akan menggantikan drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis apabila memulakan tayangannya nanti. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Sean Lee, Uyaina Arshad, Rita Nadira, Raja Azura, Zaidi Omar dan ramai lagi. Selamat menonton!

Info Drama Bersiri

  • Episod: 30 episod
  • Tarikh Tayangan: 27 Januari 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, jam 7.00-8.00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria & Ria HD (Slot DramaVaganza)
  • Penulis Novel: Umie Nadzimah
  • Penulis Skrip: Maizura Ederis
  • Pengarah: Rashid Sibir
  • Produksi: Dear Creative Media
  • Senarai Pelakon: Sean Lee, Uyaina Arshad, Rita Nadira, Raja Azura, Zaidi Omar, Hamidah Wahab

Watak Pelakon

  • Sean Lee sebagai Alan Wong
  • Uyaina Arshad sebagai Nurin Asyfa
  • Amar Asyraf sebagai Ahmad Zanif
  • Rita Nadira sebagai Zurin
  • Raja Azura sebagai Puan Azah

Sinopsis Jujurlah Nikahi Aku

NURIN ASYFA. Ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?

ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.

AHMAD ZANIF. Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini? Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah.. ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.

Tiba-tiba muncul QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan, Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.

Tetapi, milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?

Sumber: Astro Gempak

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: