Langgan newsletter kami!
Solat Pada Waktu Malam

Panduan Lengkap Solat Tahajjud

Apa Itu Solat Tahajjud

Solat sunat tahajud atau sembahyang tahajud dikenali sebagai solat malam. Ia dilakukan pada waktu malam selepas tidur (walaupun hanya seketika). Waktu solat tahajjud adalah selepas daripada waktu isyak sehingga terbit fajar. Paling afdal ialah pada waktu 1/3 malam (kira-kira jam 3 pagi) dan dibuat secara bersendirian.

Allah SWT berfirman;

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘solat tahajjud’ padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau pada hari akhirat di tempat yang terpuji”
(Surah Isra’; ayat 79)

Berjaga untuk beribadat pada waktu malam adalah sangat-sangat dituntut oleh Islam dan sudah menjadi amalan para nabi dan orang-orang soleh sejak zaman dahulu. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meninggalkan solat tahajjud walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri.

Baginda SAW bersabda;

“Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjud)”
(HR Muslim)

“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”
(HR Tirmizi dan Ahmad RA)

Tujuan Solat Tahajjud

  • Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT
  • Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  • Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT
  • Menguatkan jiwa dan ketaqwaan kepada Allah SWT
  • Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup

Kelebihan & Fadilat Solat Tahajjud

  • Solat sunat tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal
  • Memperolehi ketenangan jiwa
  • Merasai diri hampir kepada Allah SWT
  • Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya
  • Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar kelak
  • Dimudahkan hisab ke atasnya
  • Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar
  • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan
  • Jauh daripada kebinasaan
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai
  • Diberi kemudahan dan rezeki yang berpanjangan oleh Allah SWT
  • Menjadi kesayangan Allah SWT

Cara Melakukan Solat Tahajjud

Cara pelaksanaan solat tahajjud dilakukan dengan tiada had rakaat. Ianya mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat dan satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW bersabda:

“Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”
(Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah)

1. Sebelum mengerjakan solat tahajjud baca doa sebelum tahajjud

Doa Sebelum Solat Tahajud

Maksud: Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2. Niat Solat Tahajjud

Niat Solat Tahajjud

  • Rumi: Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala
  • Maksud: Sahaja aku solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
3. Bacaan Surah
[table style=”table-bordered”]
Rakaat Pertama Rakaat Kedua
Surah Al-Fatihah Surah Al-Fatihah
Ayat Al-Kursi (7 kali) Surah Al-Ikhlas (11 kali)
[/table]

– Atau –

[table style=”table-bordered”]
Rakaat Pertama Rakaat Kedua
Surah Al-Fatihah Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kaafirun Surah Al-Ikhlas
[/table]

– Atau –

  1. Al-Fatihah
  2. 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran (Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda)

 4. Baca Doa Selepas Solat Tahajjud

Selesai salam solat tahajjud, baca doa seperti di bawah.

Doa Selepas Salam Tahajjud

Maksud: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Semoga panduan tentang cara-cara solat tahajjud ini bermanfaat buat anda. Mohon share sekiranya bermanfaat. Selamat beramal!

Rujukan: 

  1. Panduan Qiamullail dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  2. Shafiqolbu
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: