Langgan newsletter kami!
Malaysia KL View

Kemajuan Malaysia Selepas Merdeka

Seperti yang kita ketahui Malaysia terhasil daripada pengabungan Sabah, Wilayah Persekutuan dan Semenanjung, sewaktu Malaysia belum terbentuk kemajuan teknologi belum lagi berkembang secara meluas. Teknologi negara kita semakin berkembang maju selepas kemerdekaan. Hal ini kerana, selepas merdeka rakyat negara kita menyedari kepentingan bersatu padu di antara suku kaum Malaysia. Setiap suku kaum pempunyai kelebihan kepada negara, masyarakat dan ekonomi.

Maju dalam perkataan kemajuan boleh didetinasikan sebagai bergerak atau melangkah ke hadapan menurut kamus pelajar edisi kedua. Salah satu kemajuan yang telah dicapai selepas kemerdekaan adalah kemajuan teknologi komunikasi. Teknologi telekomunikasi yang telah dicapai oleh negara kita Malaysia adalah telekomunikasi jarak jauh iaitu alat seperti teleton pintar yang membolehkan perhubungan melalui rangkaian jarak jauh berlaku dengan adanya sistem telekomunikasi yang sedia ada.

Hal ini kerana, selepas kemerdekaan pemimpin negara kita Malaysia telah melakukan hubungan diplomatik di antara negara. Oleh itu, ianya membolehkan Malaysia berkongsi teknologi komunikasi di antara negara lain. Walaubagaimanapun, Malaysia masih kurang maju berbanding negara lain seperti Jepun kerana masyarakat Malaysia berbeza daripada masyarakat negara lain yang boleh dinilai melalui aspek adab, sikap, sistem Pendidikan dan lain – lain.

Selain daripada telekomunikasi, kemudahan infrastruktur juga semakin maju. kemudahan infrastruktur boleh dikatakan sama taraf dengan negara lain walaupun terdapat perbezaan teknologi dan ciri-ciri kemudahan. Kemudahan Malaysia semakin maju mengikut perkembangan teknologi kerana generasi muda telah didedahkan dengan teknologi dari peringkat muda berbanding sebelum kemerdekaan di mana bangsa Melayu berkembang selepas penjajahan British. Tetapi ianya juga mempunyai kesan sampingan di mana generasi akan datang tidak mengenali budaya dan adat tradisional disebabkan pendedahan teknologi pada usia muda.

Contoh yang boleh diambil adalah kemudahan pengangkutan seperti komuter, LRT, Monorail dan MRT. Kemudahan yang tersebut adalah sama dengan negara maju lain seperti Jepun, China, Singapura dan lain-lain tetapi Malaysia masih boleh bersaing dengan negara maju yang lain untuk mencapai objektif yang telah diperkenalkan oleh pemimpin negara. Walaubagaimanapun, objektif tersebut sukar dicapai kerana terdapat konflik dalaman yang boleh memecah belahkan negara kita, contoh yang boleh diambil adalah tragedi 13 Mei atau dikenali sebagai peristiwa hitam negara.

Di samping kemudahan infrastruktur, perkembangan ekonomi juga bertambah baik disebabkan oleh Malaysia berbilang kaum setelah Malaysia merdeka. Sebelum merdeka setiap kaum dipisahkan oleh pihak British, ketika itu semenanjung belum lagi merdeka dan bergabung di bawah satu nama iaitu Malaysia. Manakala, selepas merdeka setiap kaum bersatu padu untuk membentuk satu negara yang aman serta stabil dari segi pemerintahan dan ekonomi.

Ekonomi negara kita Malaysia semakin maju, dengan adanya pelbagai pendapat berbeza berkaitan kewangan negara dari setiap ahli organisasi kepimpinan negara dan hubungan diplomatik antara negara lain dengan adanya perkembangan teknologi telekomunikasi yang membolehkan Malaysia berhubung dengan negara lain seperti China di mana negara ini adalah salah satu negara perindustrian.

Dengan adanya perhubungan diplomatik ianya akan dapat menarik minat pelabur dari negara lain untuk melabur di Malaysia. Secara tidak langsung akan memberi mantaat kepada negara dan membuka peluang kepada Malaysia untuk menambahbaik sistem kewangan negara dengan memahami sistem pengurusan kewangan negara lain serta melantik pakar ekonomi dalam organisasi kepimpinan negara yang akan meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan negara.

Walaubagaimanapun, ekonomi negara kita semakin menurun disebabkan pengurusan kewangan yang tidak berkesan dan kes rasuah di antara pemimpin atau organisasi kerajaan mahupun swasta yang terlibat dalam pembangunan negara.

Mohd. Izzul Fiky
Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Azhan.co

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: