Panduan Lengkap Bacaan Doa Qunut Rumi dan Jawi

Apa itu Doa Qunut?

Doa Qunut adalah doa yang dibaca pada waktu iktidal atau berdiri dari rukuk akhir pada Solat Subuh dan Solat Witir. Perkataan Qunut (الْقُنُوْتُ) sendiri berasal dari kata “Qanata” yang bererti patuh dalam mengabdi (kepada Allah).

Adapun hukum membaca doa qunut adalah sunnah muakkad (ab’ad) atau sunnah yang diperkuat. Namun para imam dan ulama mazhab berbeza pendapat tentang pelaksanaan doa qunut. Ia terbahagi dua iaitu:-

  • Qunut nazilah iaitu qunut yang dibaca di saat adanya bencana.
  • Qunut solat iaitu qunut yang dibaca pada waktu iktidal (berdiri setelah rukuk) setiap akhir rakaat pada solat subuh dan solat witir, sebagaimana yang sudah dijelaskan di atas.

Berikut adalah bacaan doa qunut dalam Bahasa Arab (jawi), latin (rumi) dan terjemahannya. Ejaan dalam rumi disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab atau jawi.

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ، فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Bacaan Doa Qunut Rumi

Allah hummah dinii fiiman hadait
Wa’aa finii fiiman ‘aafait
Watawallanii fiiman tawal-laiit
Wabaariklii fiimaa a’thait
Waqinii syarramaa qadhait
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik
Wainnahu laayadzilu man walait
Walaa ya’izzu man ‘aadait
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi.
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam

Terjemahan

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau (Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Secara praktiknya, bacaan doa qunut di atas adalah untuk orang-orang yang menjadi makmum atau solat sendirian sahaja (Bacaannya : Allah hummah DINII fiiman hadait). Namun, apabila anda menjadi imam, maka bacaannya diganti (Bacanya : Allah hummah DINAA fiiman hadait) dan seterusnya. Kerana makna kata “NII” (DINII) merujuk kepada diri sendiri (Saya) dan kata “NA” (DINA) merujuk kepada banyak orang (Kita).

Hukum Terlupa Baca Doa Qunut

Soalan:

Apakah hukum jika imam tertinggal doa qunut Subuh dan tidak melakukan sujud sahwi atau sengaja meninggalkannya? Adakah wajib kita sujud sahwi selepas imam memberi salam?

Jawapan:

Hukumnya adalah solat itu sah walaupun terlupa baca doa qunut.

Menurut kitab al-Feqh al-Manhaji: Al-Sahwu adalah suatu kekurangan yang berlaku pada orang yang sedang solat di dalam solatnya. Sama ada ia berlaku secara sengaja ataupun secara terlupa dan sujud – tempatnya di penghujung solat – sebagai jabr (suatu yang menguatkan) kekurangan berkenaan. (Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (1/172)

Perbuatan sujud sahwi adalah bersumberkan satu kisah masyhur Zul Yadain diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Berdasarkan beberapa penjelasan dan hujah yang dikemukakan, seseorang imam yang tertinggal atau sengaja meninggalkan doa qunut ketika solat Subuh adalah disunatkan untuk dia melakukan sujud sahwi. Sekiranya dia tidak melakukannya, tidaklah membatalkan solatnya. Ini kerana sujud sahwi hukumnya adalah sunat apabila berlakunya sebab yang tertentu seperti yang dinyatakan.

Bagi makmum pula, menjadi tuntutan untuknya mengikut imam dalam pergerakan solat. Sekiranya imam melakukan sujud sahwi, hendaklah dia turut melakukannya. Namun sekiranya imam tidak melakukan sujud sahwi (apabila berlaku sebab yang menuntut), maka tidak perlu makmum melakukannya selepas imam memberi salam.

Rujukan: HMetro

Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan lebih sempurna.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: