Langgan newsletter kami!
Muslim man prays in mosque

Panduan Lengkap Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha atau juga dikenali sebagai solat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam). Ia merupakan amalan sunat yang digalakkan untuk kita amalkan. Ia juga dikatakan sebagai “pembuka rezeki” sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :

Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Panduan dan Tatacara Solat Sunat Dhuha

Bilangan Rakaat Solat Dhuha

  • Minumum 2 rakaat dan maksimum 12 rakaat
  • Dikerjakan secara 2 rakaat 1 salam setiap satu

Waktu Solat Dhuha

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari. Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan:

Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;’ karangan Imam Nawawi).

Niat Solat Dhuha

Niat solat dhuha

Niat Dalam Arab/Jawi

Usolli sunnatan dhuha raqa ataini lilahi ta’ala

Niat Dalam Rumi

Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala

Bacaan Surah Dalam Solat Dhuha

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah: a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

  • Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
  • As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
  • Al-lail dan Al-Insyirah.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

  • Solat Pertama:   As-Syams dan Ad-Dhuha.
  • Solat Seterusnya:   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Ringkasan Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama

  1. Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
  2. Takbiratul Ihram
  3. Doa Iftitah
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Membaca Surah al-Qur’an
  6. Rukuk
  7. Iktidal
  8. Sujud
  9. Duduk antara dua sujud
  10. Sujud kali kedua
  11. Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

  1. Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
  2. Duduk untuk tahiyyat akhir
  3. Membaca tahiyyat akhir
  4. Memberi salam

Doa Solat Dhuha

Setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa dhuha seperti di bawah. Untuk doa dhuha dalam versi rumi boleh rujuk sini.

Doa Solat Dhuha

Nota

  • Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.
  • Berkenaan doa pula, boleh baca mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: