Langgan newsletter kami!
Harga Minyak PSP

Perincian Program Subsidi Minyak Petrol (PSP) Bermula Januari 2020

Program Subsidi Petrol (PSP) telah dilancarkan oleh kerajaan dengan pelaksanaan akan dibuat bermula 1 Januari 2020. Ia bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berkenderaan di Semenanjung Malaysia.

[infobox style=”alert-dashed”]KEMASKINI: Kira-kira 5 juta pemandu daripada golongan berpendapatan sederhana (M40) dijangka turut menerima manfaat menerusi Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah berkenaan merupakan tambahan kepada penerima PSP sedia ada iaitu 2.9 juta penerima daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) menjadikan jumlah keseluruhan penerima kira-kira 8 juta orang dengan membabitkan jumlah RM2.2 bilion. – sumber [/infobox]

Semasa pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 11 Oktober 2019 yang lalu, beberapa penambahan kategori penerima PSP telah diperincikan.

[infobox style=”alert-success”]Kriteria kenderaan yang layak menikmati skim PSP adalah seperti berikut:

  • Kereta
    – Kereta enjin kapasiti 1,600 cc dan ke bawah
    – Kereta enjin kapasiti melebihi 1,600 cc yang berumur 10 tahun dan ke atas
  • Motosikal
    – Motosikal enjin kapasiti 150 cc dan ke bawah
    – Motosikal enjin kapasiti  melebihi 150 cc yang berumur tujuh tahun dan ke atas[/infobox]
[infobox style=”alert-dashed”]Kategori pertama ialah penerima BSH (B40) yang layak akan diberikan subsidi petrol. Kadar kelayakan subsidi adalah RM30/bulan untuk kereta manakala RM12/bulan untuk motosikal. Ia akan diberi secara tunai dan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali. Pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020 bagi tempoh Januari hingga April 2020.

Sementara itu, bagi kategori kedua iaitu bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal. Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020. – sumber [/infobox]

Subsidi Petrol 1024x936

Melalui info terbaru, bantuan PSP akan disalurkan hanya kepada golongan yang benar-benar memerlukan iaitu warganegara berpendapatan rendah B40. Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia bagi mengelakkan golongan yang tidak sepatutnya daripada menikmati subsidi minyak daripada kerajaan.

Namun begitu, penerima BSH perlulah memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan kerajaan seperti di atas. Program ini dijangka bakal dinikmati oleh 2.8 juta penerima BSH dengan anggaran RM65.4 juta sebulan diperuntukkan.

Sementara itu, selaras dengan pelaksanaan PSP ini, harga minyak petrol RON95 akan diapungkan (tiada subsidi) di Semenanjung Malaysia bagi bukan penerima BSH tetapi harga tetap kekal pada RM2.08 seliter di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: