Program Subsidi Petrol (PSP) telah diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 11 Oktober 2019 yang lalu. Selaras dengan itu, harga minyak petrol RON95 akan diapungkan (tiada subsidi) di Semenanjung Malaysia tetapi harga tetap kekal pada RM2.08 seliter di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Kategori pertama ialah penerima BSH (B40) yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal yang diberikan dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.

Kategori kedua pula ialah bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH yang mana mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.

Jadi, adakah anda tergolong sebagai penerima bantuan subsidi minyak petrol ini? Berikut dikongsikan cara membuat semakan kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) serta maklumat lanjut yang berkaitan.

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Melalui Portal KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyediakan sebuah portal khusus bagi semakan kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP). Portal ini turut menyediakan maklumat lanjut mengenai bantuan PSP. Bakal penerima boleh mula menyemak di portal tersebut bermula tarikh yang dinyatakan di bawah:

[infobox style=”alert-success”]Aplikasi Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol

Langkah-langkah Menyemak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)

  1. Layari pautan Portal Semakan PSP KPDNHEP dan tekan ‘Semak Kelayakan’
    1 Isi Nombor Mykad Klik Semak Psp
  2. Tandakan ‘Checkbox’ untuk mula menyemak
  3. Masukkan No. MyKad di ruangan yang disediakan
  4. Tekan butang ‘Semak’
  5. Keputusan kelayakan akan ditunjukkan dan anda boleh mengemaskini maklumat Nombor Akaun dengan menekan butang ‘Kemas kini’
    2 Semakan PSP Kemaskini
  6. Pilih ‘Nama Bank’ dan masukkan No. Akaun Bank Baru
  7. Tekan butang ‘Kemas kini No. Akaun’
    Semakan PSP 3
  8. Masukkan No. Akaun yang telah didaftarkan di BSH terdahulu sebagai pengesahan
  9. Tekan ‘OK’
    Semakan PSP 4
  10. Pilih ‘Maklum balas’ jenis bantuan
    (Terima Bantuan RM30 / Terima Bantuan RM12 / Menolak Bantuan)
  11. Tekan butang ‘Simpan’ untuk melengkapkan proses semakan kelayakan
    Semakan PSP 5

Bagi mereka yang telah membuat semakan kelayakan program subsidi petrol tetapi mendapati tidak layak menerima PSP, anda bolehlah membuat rayuan sebaik sahaja permohonan rayuan dibuka. Kategori rayuan termasuklah pengemaskinian pemilikan kenderaan atau alamat rumah.

Kriteria Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)

Program Subsidi Petrol hanya layak diterima oleh mereka yang melepasi syarat dan kriteria PSP seperti yang ditetapkan oleh (KPDNHEP) iaitu:

  • Adalah seorang penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu yang berpendapatan seisi rumah RM4,000 dan ke bawah serta beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja.
  • Mempunyai kenderaan persendirian yang yang berdaftar atas nama sendiri serta memiliki Lesen Kenderaan Motor yang masih sah tempoh laku.
  • Had pemilikan kenderaan individu adalah dua (2) buah kereta dan dua (2) buah motosikal.
  • Kriteria Kelayakan adalah berdasarkan kepada salah satu daripada kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
    – Kereta: 1,600 cc dan ke bawah
    – Kereta: Melebihi 1,600 cc dan berusia 10 tahun dan ke atas
    – Motosikal: 150 cc dan ke bawah
    – Motosikal: Melebihi 150 cc dan berusia 7 tahun dan ke atas

Selain itu, Orang Kurang Upaya (OKU) yang juga merupakan penerima bantuan BSH dan memiliki kenderaan seperti kriteria yang ditetapkan adalah layak untuk mendapat bantuan PSP. Untuk perincian lanjut dan maklumat terkini tentang Program Subsidi Petrol (PSP), boleh rujuk artikel sebelum ini.

Carian Berkaitan: semakan subsidi minyak