Langgan newsletter kami!
Resepi Spaghetti Bolognese Mudah Guna Prego

Resepi Spaghetti Bolognese Mudah Guna Prego

Spaghetti bolognese sememangnya antara menu biasa didapati bagi masakan spaghetti di Malaysia selain spaghetti yang menggunakan sos carbonara dan spaghetti aglio olio. Cara yang paling mudah memasak spaghetti bolognese adalah dengan menggunakan sos dalam tin atau botol kaca jenama Prego.

Dengan penggunaan sos yang telah siap ini, urusan memasak akan menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa. Namun begitu, ada juga di antara kita (orang Malaysia) yang tidak berapa sukakan sos dalam tin ini disebabkan rasa tomatonya yang terlalu masam sehingga menjadikannya cepat muak. Sememangnya citarasa barat menggunakan tomato yang banyak dalam penyediaan sos Bolognese.

Untuk rekod, sos bolognese yang original dari itali kebanyakannya menggunakan tomato segar, jadi rasanya akan menjadi lebih sedap dan ‘fresh’. Tapi kita sebagai orang Malaysia sememangnya tidak mempunyai masa untuk membuat homemade sos, tambahan lagi pasta bukanlah makanan asasi masyarakat kita seperti nasi. Jadi adalah lebih cepat dan mudah dengan membeli sahaja sos yang telah siap seperti Prego.

Jadi di sini kami kongsikan resepi spaghetti bolognese mudah menggunakan sos prego untuk anda cuba di rumah.

Bahan-bahan

Cara Memasak Spaghetti Bolognese Prego

  1. Terlebih dahulu masukkan satu paket spageti di dalam air panas menggelegak selama beberapa minit.
  2. Masak spageti di antara 10 hingga 15 minit sehinga spageti betul-betul masak. Pastikan anda membaca terlebih dahulu cara memasak spageti di belakang pek spageti tersebut. Ada jenama spageti yang memerlukan masa memasak yang sekejap dan ada pula yang memakan masa yang lama. Jangan masak terlalu lama sehingga ‘overcooked’ kerana ia akan menjadikan spageti itu kembang dan tidak sedap dimakan.
  3. Apabila spageti telah masak, angkat dan toskan airnya.
  4. Seterusnya ambil kuali yang lain dan tumiskan ayam kisar sehingga hampir masak.
  5. Masukkan cendawan butang.
  6. Masukkan Sos Spaghetti Prego.
  7. Kacau hingga sebati.
  8. Masukkan lobak merah, capsicum dan lain-lain sayuran mengikut citarasa.
  9. Sekiranya anda suka pedas, masukkan juga hirisan cili api mengikut tahap kepedasan yang diingini.
  10. Biarkan sebatian masak seketika di dalam kuali.
  11. Bila sudah masak, tutup api dan tuangkan ke atas spageti yang telah siap direbus sebentar tadi.
  12. Sebagai hiasan, tabur sedikit parutan keju parmesan di atasnya.

Selamat mencuba!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: